Kad Merah Safiq Rahim Pemusnah Harapan Malaysia di Hong Kong

Aksi perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 antara pasukan Malaysia menentang Hong Kong di gelanggang lawan menyaksikan skuad negara GAGAL untuk mendapatkan mata.
Skuad Harimau Malaya masih tidak mampu untuk mendapatkan kemenangan buat jurulatih Nelo Vingada. Pasukan Malaysia dapat mengimbangi aksi pasukan Hong Kong yang rata-rata dibarisi oleh pemain naturalisasi.
Namun kesilapan ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang melakukan terjahan keras ke atas pemain Hong Kong membawa padah apabila dilayangkan kad merah. Ia memberi kesan apatah lagi pasukan negara bermain tanpa penyerang dan ia menyukarkan untuk barisan negara menyusun formasi.

Kekurangan seorang pemain di ambil peluang apabila pasukan Hong Kong mendapat sepakan percuma dan tandukan Jordi Tarres pada minit ke 44 memberikan gol sulung pasukan Hong Kong.
Separuh masa kedua menyaksikan Jaimes McKee menambah gol kedua Hong Kong pada minit ke 48. Walaupun Hong Kong mengendurkan aksi namun barisan negara agak sukar untuk mengawal perlawanan.
Hanya sepakan percuma Wan Zack Haikal yang ditepis penjaga gol lawan merupakan peluang terbaik pasukan negara untuk mendapatkan gol.

Peluang untuk ke Piala Asia 2019 semakin sukar. Kami di Ligakampung.com bukan ingin bersikap pesimis tapi rasanya perlu ada perubahan pada perlawanan seterusnya. Mungkin muka baharu perlu diberi peluang memandangkan kebanyakan pemain yang beraksi tidak menampakkan peluang untuk mendapatkan 3 mata pada perlawanan berikutnya.
Semoga keputusan akan datang lebih baik.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply