Kad Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya di opis-opis telah mula dengan suasana hari raya. Antara kemestiannya ialah dengan menggantung kad hari raya. Bercerita tentang kad hari raya, saya telah menghantar kad hari raya kepada peserta Cabaran Ramadhan (termasuk sorang yang tiada cabaran). Sepatutnya saya merancang untuk menempah kad raya tersebut tapi sebab kesibukan konon-kononnya nak buat sendiri. Dan memang pun buat sendiri. Saya akui hasilnya tidak seberapa. Harap maaf kepada penerima sekiranya kad raya tersebut agak cincai dan tidak berkualiti. Tapi didalamnya ada benda yang boleh mengantikan kad raya tersebut..


Design kad raya yang dibuat oleh Zool.. Hasilnya hanya penerima yang tahu,,

Diakui memang kad raya agak kurang digunakan berbanding e-kad raya yang sungguh menjimatkan dan lebih canggih tapi ada nilai sentimental pada kad raya kertas ni. Memang terasa lebih bermakna lagi menerima kad raya yang ditulis seperti yang dialami oleh Knizam. Malahan blogger, AdrySabry sudi nak bagi kad raya bagi meneruskan tradisi lama ni. Selain tu, blogger Gambarhehe pun nak bagi kad raya beserta Duit Raya..

Hm.. bagaimana dengan anda?? Ada menghantar kad raya ke tahun ni?? Atau dah berbakul terima kad raya??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4773
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

22 Responses to “Kad Hari Raya”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Aku tad dapat kad raya lagi. Duit raya request dalam Facebook banyak juga dapat.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku duit facebook bagi kat org ramai le

    Reply

  2. loqNo Gravatar says:

    tak sabar2 aku nak terima kad raya dari kesang
    haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    balik semalam masuk post box. paling lambat isnin dpt kot..

    Reply

    loqNo Gravatar Reply:

    yeay!

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    Buat sendiri lagi senang.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak senang sangatla…
    beli lagi senang..

    Reply

  4. AdryNo Gravatar says:

    Salam zool… ko dah kirim alamat ko kat aku tak?? kirim ker adrysabry@yahoo.com ek.. Thanks! (^_^)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    baru je anto…

    Reply

  5. Fatin PauziNo Gravatar says:

    *termasuk sorang yang tiada cabaran

    Aku ke tu? Kekekek…:”>

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he he he. tepat sekali

    Reply

  6. acaiNo Gravatar says:

    Waaa, bestnya..:) aku akan berusaha pos kad raya gak insyaallah..:)thanks zool

    Reply

  7. AzamNo Gravatar says:

    lebih prefer kad raya tulisan tangan, tapi tak prefer duit raya yang ader tulisan tangan, nanti tak laku..ehehe

    Reply

  8. Abu SamahNo Gravatar says:

    Kad raya yang paling berharga datang nya dari anak dan isteri,walaupun tinggal serumah………

    Reply

  9. haritzNo Gravatar says:

    masih menunggu kad pertama

    Reply

    haritzNo Gravatar Reply:

    Aku dah terima kad kau zool, tima kasih siap ada ang pow lagi. Hiba aku dibuatnya sbb ye lah kita kan kenal di alam maya sahaja. Walaupun ang pow tak seberapa tapi dia ada nilai sentimental value. Thanks again bro. Selamat Hari Raya.

    Reply

  10. nzms_einNo Gravatar says:

    salam zool…ein dh terima kad raya dr zool…thanks ye..ade nilai tersendiri bila design sndr..maaf tahun ni x dpt nak bls kad raya zool..so, di kesempatan yg ade ni..ein nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin..maafkan ein andai ade terkasar bahasa or menyinggung prasaan zool semasa ein memberi komen di blog zool ni..ramadhan dtg membawa keberkatan dan kesabaran..aidilfitri dtg dgn penuh cahaya kegembiraan n merapatkan tali persaudaraan..salam aidilfitri dr nzms_ein

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hm.. tq…
    org pertama yg dapat kot..
    sori sbb kad tak cantik..

    Reply

    nzms_einNo Gravatar Reply:

    nope..4 me kad 2 dh ckup sempurna sbb awk wat sendiri..hasil idea awk sndr..2 yg lbh membuat kan kad tersebut lbh istimewa dr kad2 yg ade di kdai…

    **ade entry psl kad raya awk di blog sy**

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tgh baca tapi tak leh reply..
    intenet opis lembab

  11. oh!dawieNo Gravatar says:

    Salam bro..Balik raya mane thn nie??Blk ganu ke??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    first time singgah blog ni ye..
    Tak de balik mana2.. Anak jati melaka.. keje kat ayer keroh, kg kat kesang tua, jasin… Masih tinggal ngan mak bapa lagi..

    Reply

Leave a Reply