Kacang botor ulam yang rangup

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hm.. nampaknya minggu ni nampaknya tanah agak lembap.. Hujan yang turun mencurah-curah sedikit sebanyak memberikan satu petanda yang baik untuk saya menambahkan koleksi tanaman di rumah. Walaupun terdapat beberapa tanaman yang tidak menjadi tapi itu sudah lumrah dalam pertanian. Kali ini saya cuba untuk menaman kacang botor pula..

Mungkin ada sesetengah dari anda (termasuk saya) yang sering menyebut kacang botol. Sebenarnya ia dikenali sebagai kacang botor. Tak kisahlahkan janji yang penting tanaman tu terus dikekalkan menjadi sumber makanan kita..

Seperti biasa sedikit info mengenai kacang botor .

Kacang Botor (nama botani, Psophocarpus tetragonolobus) juga dikenali sebagai kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek atau kalkang (anda panggil apa ye??).. Ia sejenis tumbuhan kekacang menjalar yang memanjat atau melilit.

Khasiat
Ia mengandungi protein, kalsium,besi dan vitamin A. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botor lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain.
Malahan kacang botor juga digunakan dalam kaedah perubatan tradisional. Bagi mereka yang diserang demam campak, daun kacang botor yang direbus boleh disapukan bagi melegakan pesakit..
Akar kacang botor yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo.
Info :- >PKUKMWEB

Kaedah Penanaman
Disebabkan tumbuhan ini menjalar jadi memang agak sukar untuk di tanam di dalam pasu.. Ianya memerlukan penyokong untuknya menjalar.. Batas diperlukan bagi memastikan biji benih mampu bercambah.. Untuk mendapatkan biji benih, anda perlu mendapatkan dari buahnya yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul dengan racun kulat ( info baru.. biasa terus tanam je..).Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 cm antara pokok dan 1 m antara barisan.. Tanam biji benih ke atas sebanyak 2 biji selubang lebih kurang 2.5 cm(agak-agak je lah. kalau rajin ukurlah guna pembaris atau tali ukur)..Biji benih kebiasaannya akan bercambah dalam tempoh 14 hari..
Dan ketika itu sediakanlah kayu atau sebarang penyokong bagi memastikan kacang botor itu melilitnya.

Penyiraman
Kalau diikutkan pada ketika anak pokok membesar siraman sebanyak 2 kali sehari amat penting… Dan pastikan juga terdapat ruang cahaya matahari..

Baja
Baja organik yang sesuai terutamanya baja vermikompos ( he he he..iklan ni…).
Info :- Wikipedia, DOA Sarawak dan pengetahuan mak.

Ok cukup info tu.. Banyak-banyak nanti semua tak masuk.. Sekarang ni saya baru meletakkan beberapa biji kacang botor berhampiran dengan kawasan pagar selepas dicadangkan oleh ibu saya.. Jadi diharap dengan keadaan tanah yang lembap diharap akan menambahkan lagi koleksi tanaman di rumah..
Sekian.. Terima kasih..

Pengunjung Entri Ini :5382

16 comments:

  1. owh aku panggil kacang botol
    tapi memang sedap buat ulam
    petik2 je yang muda terus ngap. hehe
    kena plak ngan asam pedas kan. hehe :)

    Reply

    zool Reply:

    memang best ..
    kalau makan kat luau biasa kacang botor ni senang jadi ulam…

    Reply

  2. .. baja kompos… hmmm apa progress??

    Reply

    zool Reply:

    Baja ok je..
    cuma buat masa ni belum gi marketing lagi .. masih jual kecil2 lagi…

    tapi kalau nak try apa salahnya.. contact je.

    Reply

    samdaddycool Reply:

    Abis keje.. redah je masuk pasar malam, buat bodo… masyuk beb. tak tak pasal2 bole angkat toyota caldina..

    Reply

    zool Reply:

    Aku tak pk nak angkat Caldina. Tapi idea ko ni bernas..
    Ok gak kalau aku jual baja kat pasar malam..
    Pasar Malam Muar ada kosong ke?

    Reply

  3. hohoh aku tgok tajuk kat negaraku je aku dah boleh agak dah sure ligakampung punya post ni.. hohooh

    Reply

    zool Reply:

    Identiti sendiri.. he hehe.. lagipun orang kampung cam aku kena promo tumbuh-tumbuhan agar tidak hilang ditelan oleh makanan moden kini..

    Reply

  4. Satu lagi khasiat kacang ni yang lupa disampaikan oleh zool ialah bila kita makan dengan banyak kita akan kenyang..erkkk.. alhamdullilah. Jgn mare zool, gurau jer

    Reply

    zool Reply:

    Huh.. ingatkan apa tadi.. baru je nak masukkan dalam koleksi khasiat tumbuhan-tumbuhan..

    Reply

  5. aku panggil kacang botol and kengkadang kelisa pun ada gak…
    paling best for sure jadi ulam camtu jek, dan juga wat kerabu…

    ps: cite la pasal geduak plak…atau ada yg panggil kerdas jugak tak silap..hehe

    Reply

    zool Reply:

    nanti aku survey dulu..
    aku pun tak berapa cam buah geduak tu..

    Reply

  6. aiseh..dah ada nama botani siap siap :p

    Reply

    zool Reply:

    ha haha.. dah tau taktik, kena masukkan la jugak.. jgn mare…

    Reply

    twenty-six Reply:

    tak marah pun sebab akhirnya ko tahu juga ianya bakal mendatangkan hits pada blog ini hahaha congrats!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

73,070 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge