Kacang Bendi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama saya tidak menulis pasal tanaman. Mungkin sebab tahun baru, jadi agak sibuk dengan kerja dan projek-projek lain.. Walaubagaimanapun, bendi di ‘rumah’ telah mula berbuah .. Dan nampaknya keberkesanan baja kompos telah mula nampak.. Bendi yang sepatutnya 3 bulan baru berbuah namun dengan baja kompos 2 bulan telah memberikan hasilnya.. Caiyoklah..

Sedikit info mengenai kacang bendi…

Bendi ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir.Terdapat dua varieti bendi yang paling popular iaitu bersegi lima dan tujuh. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.
Bendi mengandungi sebanyak 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat.menurut kajian bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin. Bendi merupakan sejenis sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai peransang untuk membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonerea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Info dari Jabatan Pertanian Sarawak dan PKUKMWeb

Link berkaitan
Panduan menanam bendi
Maklumat Zat dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang
Resipi bendi
Resipi Goreng Bendi Udang
Resipi Sambal Bendi

Menanam
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

Penanaman bendi ni agak mudah.. Tanam biji benih sedalam di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Tapi tak jadi masalah kalau tak berapa jarak sebab bendi bukanlah pokok yang besar sangat..

Menuai
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

i. 50 – 55 hari selepas menanam.
ii. 5 – 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 – 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Ini gambar Bendi :-
Photobucket
Sori ni gambar lama.. Ia sekarang telah membuahkan hasil.

Photobucket
Inilah beberapa semaian bendi yang diletakkan dalam polibag.. Nampak masing-masing telah menunjukkan kebolehan memasing.. :)
Update 11.01.09
Image Hosted by ImageShack.us

Kacang bendi yang telah berbuah.. Boleh diambil untuk dimasak.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :5384
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

11 Responses to “Kacang Bendi”

  1. e-cardsNo Gravatar says:

    ini lah kacang yang aku suka kalau masak asam pedas .Lapor la plak.

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    sedap buat asam pedas neh. hehe :)

    Reply

  3. ayiipzNo Gravatar says:

    goreng gitu-gitu pun dah sedap

    Reply

  4. megatNo Gravatar says:

    menarik! lagi satu fakta berguna untuk kesihatan minda!

    Reply

  5. zinoNo Gravatar says:

    berbudi pada tanah.. dapat la hasil nya..

    Reply

  6. zaki blogjerNo Gravatar says:

    petani harapan negara :)

    Reply

  7. bd fabregasNo Gravatar says:

    cam kenal je bendi dalam polibag tu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu gambar lama tu.. sekarang dah besau sikit bendi tu..
    nak buat tak projek baju???

    Reply

  8. Pak LongNo Gravatar says:

    Bendi itu peringkat tunasan perlu air banyak ke untuk siraman.

    Reply

  9. mohazbyNo Gravatar says:

    saya memang suka mkn kcg bendi…..direbus dgn aneka sayur dan cicah dgn sambal belacan atau masak sama kari ikan……sedap

    Reply

  10. moonairNo Gravatar says:

    harga bendi kat shanghai RMB17, dalam 12 biji kecik nye. ngidam lama dah. nak wat sambal asam jawa takde la asam nye.. celur2 ngap2 sedapnyee… tengah pikir2 camne nak tanam bendi kat sini. ada benih bagus ke? bendi bole!

    Reply

Leave a Reply