Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  










Jutawan Fantasi

Written by zool on May 10, 2008 – 4:48 am -

Assalamualaikum.. Okaylah cukup dengan beremosi dan perlu lebih bermotivasi untuk menghasilkan artikel-artikel yang lebih memberikan sesuatu kepada pembaca semua.. Hari ini nampaknya masih terpaksa ke CC.. Streamyx tidak dapat dipasang kerana rumah bapa , yang dihuni sedang melakukan renovation.. Pemasangan ’tile’ di hadapan rumah menganggu tempat saya berkarya…

Entah kenapa secara tiba-tiba terasa untuk menulis mengenai jutawan.. Tetapi bukanlah jutawan internet, sebaliknya jutawan yang menggunakan daya fantasi dan imaginasi yang cukup hebat untuk menjadi seorang yang terkenal dan semestinya kaya… Bersama-sama ini saya kongsikan 3 jutawan fantasi yang cukup dikenali di seluruh dunia..

Nak teruskan??

1.

.

.Source images :-http://www.libertyfilmfestival.com

Saya rasa ramai yang tidak mengenali muka pakcik di atas ni tapi kalau Mickey Mouse mungkin ramai yang tahu.. Pakcik diatas adalah orang yang melukis kartun-kartun Mickey Mouse.. Nama beliau ialah Walt Elias Disney(December 5, 1901 – December 15, 1966) .. Beliau juga merupakan antara orang terawal yang menjadikan kartun statik bergerak di layar perak.Mesti tension gila nak buat kartun tu.. Bayangkan pada ketika itu tanpa komputer beliau mampu menghasilkan kartun yang menggunakan beribu2 kertas . Walau bagaimanapun kejayaan beliau terhadap industri perkartunan telah mencetuskan evolusi baru kepada dunia perkartunan.. Malahan dengan kejayaan itu telah menyebabkan berjuta-juta duit masuk ke kantung poket beliau sehingga beliau mampu menghasilkan taman tema hiburan yang popular di seluruh dunia.. Hebatkan imaginasi beliau. Dengan hanya kisah seekor tikus yang dikartun beliau mewujudkan satu watak malahan ditambah dengan watak-watak sampingan yang memiliki identiti sendiri.. Fuiyo.. Kagum woo..

2. Kenal tak siapa Hiroshi Fujimoto?? Saya yakin ramai yang tidak kenal walaupun ada antara anda merupakan peminat ciptaan beliau.. Bagaimana pula kalau dengan nama penanya, Fujio F Fujiko?? Masih tidak kenal?? Cuba lihat gambar beliau di bawah dengan kartun ciptaannya..

Source pic :-http://www.escaner.cl/
Sudah pasti anda kenal bukan.. Siapa tak kenal Doraemon?? Nabil ( Raja Lawak ) pun penah menyanyikan lagu Doraemon dalam persembahannya ketika rancangan itu… Saya yakin mesti ramai dari kita yang pernah meminati rancangan tersebut.. Lagunya pun pernah menjadi siulan sedikit waktu ( atau masih lagi).. Dan bayangkan mereka mampu mencipta fantasi mengenai robot sedangkan pada ketika lahirnya rancangan ini ( 1970) kebanyakan dari kita masih belum lahir dan pada ketika itu rakyat Malaysia baru mengenal televisyen.. Mereka ( tak silap Fujio F Fujiko ni 2 orang) melakukan transformasi idea dengan mengenengahkan teknologi katun dalam bentuk fantasi..

3. Mungkin ramai kenal muka mak cik ni..

Source pic :- http://www.biographyonline.net/

Tak kenal?? Aiyok.. Merupakan antara wanita terkaya di Britain.. . Dan kekayaannya hasil dari penulisan dan imaginasi beliau mengenai ahli sihir.. Dengan imaginasi beliau itulah maka terhasilnya Harry Porter.. Pergh bayangkan seorang guru yang dalam kesempitan wang tanpa diduga dengan buku cerita fantasi beliau telah merubah segalanya.. Dan ciptaan watak dan situasi yang ditulis telah menjadi fenomena di seluruh dunia termasuk Malaysia ( dan juga adik saya)… HUhuhuhu.. Sesungguhnya fantasi yang diciptakan menjadi realiti…

Okaylah rasanya cukup untuk kali ini mengenai 3 orang jutawan fantasi.. Mungkin jika diizinkan tuhan saya akan cuba mencungkil maklumat dengan lebih ‘detail’.
Menarik bukan bagaimana angan-angan mereka diterjemahkan dalam bentuk komersial…Sudah pasti terdapat ramai dari kita yang memiliki kemampuan seperti mereka.. Adakah si Zool pun memiliki kriteria jutawan fantasi?? Wallahualam.. ADIOS..


Tags: ,
Posted in manusia |

11 Comments to “Jutawan Fantasi”

  1. syamsulariff.com Says:

    boleh je..kalau zool nak jadi..mula lah mengarang.. :)

  2. catzer Says:

    Aku tak pernah berimaginasi utk menjadi Jutawan atau org kaya..bla bla bla..Apa yg aku tahu ialah,hidup aku mesti happy. Nampak sgt sempoi hidup aku ni erk :p

  3. abgjas Says:

    Hi Zool,
    Tokoh2 yg disebutkan tu, jadi jutawan kerana bakat yg ada (kartun dan penulisan). Kemudian disalurkan pula pd tempat yg betul.

    Apakah blog boleh jadi saluran berkenaan?

  4. hafifi Says:

    abgjas, sy rasa blog boleh jadi saluran klu kena pada caranya..

  5. Norhafidz Says:

    jutawan impian suma orang, tapi proses nak jadi jutawan tu bukan semua orang boleh buat. So aku rasa diorang kat atas ni genius :)

  6. zool Says:

    syamsularif –> sedang mengarang… angan2 kuat tapi tak mempunyai kekuatan disiplin.. ari ni ada idea esok lupa. :(
    catzer –> happy pun perlukan angan2kan.. tak kisahla camne pun hidup mesti happy..
    abgjas –> bakat yang agak melampau selain keberanian dan kecekalan.. JK Rowling ditolak oleh banyak syarikat penerbitan… Walaupun semua memandang lekeh cerita Harry Porter beliau tetap tidak putus asa sehinggalah novelnya meletup… Harap2 blog saya pun meletup.. Blog boleh jadi saluran abgjas ?? Insyaallah kita boleh sama-sama membantu.. mana tau bakat abgjas dapat dikembangkan.. Insyaallah katun2 abgjas boleh jadi sepopular Dilbert..
    hafifi –> ye betul tu hafifi..
    Norhafidz —> betul tu.. bukan mudah.. tapi tak semestinya genius bro.. kadang2 nasib dan pandai memanipulasikan kejayaan.. Boon Siew tak pandai menulis tapi bijak memanipulasikan kekayaan… ada gak orang genius yang akhirnya hidup merana…

  7. azwanhadzree Says:

    jutawan … tidak sukar kalau kau sanggup mengejarnya.

  8. titan Says:

    Hehe. Best gak baca pasal jutawan fantasi nih. Aku teringing sangat jika teknologi kita mampu bawa manusia ke planet pluto..

  9. kumb@ng Says:

    kalo nak jadi jutawan gi lah indon..tuko rm720 dapat 2 juta rupiah… :D

  10. nuarX Says:

    yang penting kena ada kreativiti kan zool, and we need to think out of the box to success. nice info. membakar inspirasi :)

  11. zool Says:

    azwan –> sedang mengejarnya.. insyaallah jika diizinkan… :)
    titan –> ada banyak jutawan yang guna kan benda2 tak masuk akal.. mungkin ada version ke 2..
    kumb@ng –> mau pegi indon pun tak mampu lagi bro..
    nuarX –> betul .. kena kreatif .. yes.. tak boleh jadi katak dalam tempurung… Zool Boleh!!!



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS