LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Justin Thomas juara CIMB Klasik

Kejohanan golf CIMB Klasik 2015 dimenangi oleh pemain golf dari Amerika Syarikat dengan kelebihan satu pukulan. Kejohanan yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) itu menyaksikan Justin Thomas, 22 menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia, Adam Scott dengan kelebihan satu pukulan iaitu dengan jumlah 262 pukulan.
Thomas yang berjaya mencatat enam di bawah par pada hari terakhir mencatat sejarah apabila meraih kejuaraan sulung Jelajah PGA dalam kariernya.

ThomasSunB-847-Chou

Beliau berjaya menjadi juara termuda sejak Klasik CIMB diperkenalkan pada tahun 2010. Juara sebelum ini kesemuanya didominasi oleh pemain dari Amerika Syarikat iaitu bermula pada 2010 oleh Ben Crane, Bo Van Pelt (2011), Nick Watney (2012) dan Ryan Moore (2013 dan 2014).
Thomas membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai AS1.2 juta (RM 5.4 juta). Bagi pemain Malaysia pula, Ben Leong berada di tangga ke 64 manakala Danny China 68 dan Arie Ahmad Irawan di tanga ke 75.

Pemain golf negara perlu mempertingkatkan kemampuan diri. Untuk berada di tangga atas 60 di gelanggang sendiri bukanlah pencapaian yang boleh dibanggakan.  Mereka patut menjadikan Thomas sebagai contoh. Dalam usia yang muda, beliau mampu menjadi juara dalam kejohanan PGA. Pasti ini bukanlah kejuaraan pertama dan terakhir yang akan dimenangi oleh Thomas.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Justin Thomas juara CIMB Klasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)