Jus Timun, minuman rasmi kelima Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ni terbaca tentang satu info menarik mengenai timun, sejenis buah tumbuhan yang dijadikan sebagai sayuran. Nampaknya Kerajaan Negeri Melaka melihat potensi timun bukan sekadar untuk dijadikan sayuran sahaja, namun boleh dikomersialkan sebagai jus. Bunyinya nampak pelik tapi itu yang sedang diusahakan oleh agensi berkaitan..

Penolong Pengarah Asas Tani Pertanian negeri, Juliawaty Sulaiman berkata, pihaknya telah melakukan testimonial terhadap jus timun dengan mencampurkan kandungan jus timun dengan susu cair, gula dan soda.

”Rata-rata masyarakat umum menyukai jus timun yang dicampurkan dengan susu cair kerana ia lebih berlemak dan mengekalkan rasa timun yang asli.

”Seperti yang kita tahu, timun mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan ini adalah salah satu cara kami melakukan inovasi produk iaitu menjadikannya sebagai jus timun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia pada perasmian program Hari Bertemu Pelanggan dan Promosi Produk Industri Asas Tani yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan di sini baru-baru ini.

Menurut Juliawaty, jus timun itu juga merupakan minuman rasmi kelima yang disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang merasakan jus timun ini harus dikomersialkan.

Ditanya mengapa memilih timun untuk dijadikan sebagai jus, beliau menjelaskan, timun mempunyai pelbagai keistimewaan selain mengandungi sejumlah besar air yang menjadikan makanan rendah kalori dan paling digemari mereka yang mementingkan berat badan dan suka berdiet.

”Kita sedia maklum bahawa timun bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja malah ia memberi pelbagai khasiat dalam tubuh badan kita,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan kepada golongan yang kurang memilih makanan ulam seperti timun tetapi boleh mencuba dalam bentuk jus timun demi membantu menjaga kesihatan mereka.

Bagaimanapun, jus timun tersebut belum lagi dibotolkan dan mendapat label rasmi daripada agensi yang berkaitan.

Berita penuh di Utusan

Dalam artikel tersebut mengatakan bahawa ianya merupakan minuman rasmi kelima bagi negeri Melaka. Antara minuman rasmi Negeri Melaka ialah :-
1. Air Misai Kucing
2. Air Jus Buah Melaka
3. Air Melaka Mangga Delight
4. Air Kelapa Pandan
5. Air Jus timun

Hebatkan.. Jadi kalau datang Melaka, mesti dapatkan salah satu minuman di atas ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1622
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Jus Timun, minuman rasmi kelima Negeri Melaka”

  1. iduraNo Gravatar says:

    hm…. abg saya antu timun…
    suka jus timun…
    ratah timun….
    saya?? hmm…
    suka timun cicah sambal tempoyak…
    hehehe
    jus timun pon sedap…
    tambah2 masa bulan posa nanti….

    Reply

  2. fathuriNo Gravatar says:

    Assalamualaikum zool. Best post kali ni, tak terfikir pula nak buat jus timun. Akan segera cuba…hari ini juga…T/kasih!

    Reply

  3. cyzaNo Gravatar says:

    Kelas gitu…kalau timun di comercial kan jadi minuman…tapi campur dengan gula ke? sebab rasanya kalau tak mesti tawar haber je…

    Reply

  4. safarNo Gravatar says:

    Sedap macam begitu apabila minum jus timun.

    Reply

  5. Capo GrandeNo Gravatar says:

    KM nya ada team ‘think tank’ yg sgt kreatif…sbg pemimpin ini ialah 1 aspek yg dipuji…bijak memilih siapa di sisinya…

    dah try air buah melaka…sedap…tapi yg risau kalau 1 produk dah dikomersialkan…mcm mana dgn khasiatnya???

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. beliau memang kreatif..
    tapi bila terlalu byk susah nak fokus…

    dah try air buah melaka.. tak suka..

    Reply

Leave a Reply