Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya terbaca mengenai satu lagi produk minuman di Melaka yang telah keluar di suratkhabar.. Jika sebelum ini saya menceritakan tentang air kelapa beraiskrim, Klebang kali ini saya terbaca mengenai keenakan jus manga di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir..

Kalau tengok pada gambar ( discan) tak nampak perbezaannya tapi kalau dah keluar suratkhabar mesti ada sesuatu yang unik..
Petikan berita :-
Bla..bla..bla..
Bagi masyarakat di negeri ini, jus mangga yang terdapat di medan selera di Kampung Portugis, Ujong Pasir sentiasa menjadi pilihan kerana keenakannya yang tiada tandingan sejak ia mula beroperasi lapan tahun lalu.Walaupun cuma berharga RM2.50 bagi setiap gelas plastik, penggemar air jus itu mengatakan keenakan rasanya itu sukar digambarkan, walaupun pernah menikmati minuman sama yang dijual di hotel-hotel.
Malah, tidak keterlaluan dikatakan, ada di kalangan mereka seperti sudah ‘ketagih’ apabila kali pertama menikmati minuman yang diberi nama Only One Mango Juice itu.
Menceritakan tentang sambutan luar biasa jusnya itu pemilik gerai medan Portugis, Joseph De Costa, 65, berkata, semuanya bermula apabila dia melihat buah mangga yang berbuah lebat di halaman rumahnya di Kampung Portugis.
“Melihat buah kegemaran saya itu masak ranum, ia telah mendorong saya untuk menjadikannya pendapatan dengan membuat jus mangga.
“Jus ini saya hasilkan menggunakan mangga yang separuh masak dan masam rasanya, dicampur dengan air, sedikit gula, garam dan asam boi,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Tambahnya, sejak daripada itu, dia tidak menyangka, keenakan jus mangga buatannya itu terus menjadi bualan penduduk sehingga dikenali pelancong dari dalam dan luar negara.
Menurut Joseph, setiap minggu, dia memerlukan kira-kira 25 kilogram mangga untuk menghasilkan jus dan ia meningkat kepada 50 kilogram pada setiap hujung minggu.
Berita Penuh

Tokei kedai sedang menyiapkan jus mangga dengan kaedah tersendiri..
Membaca artikel tersebut menjadikan saya sungguh teruja untuk menyiasat kedai terbabit.. Mungkin boleh mengajak krew MakanMalaya bersama-sama menikmatinya.. Ini boleh menambahkan nilaitambah kepada produk pelancongan Melaka sekaligus menguatkan semangat petani untuk menghasilkan mangga.. Mungkin selepas ini mangga Melaka Delight akan kembali maju…
RSS Feed
Twitter



March 31st, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Knizam apa lagi boleh buat coverage tak? huhuhu
Reply
hehe lambat lagi la nak balik kg. hehe
nantilah suatu waktu nanti. tungggggguuuuu
Reply
Hehe..
sukenya jus mangga….
tringin lak..
Reply