June Wei gagal mencapai kejuaraan kedua tahun ini

Pemain perseorangan lelaki muda negara, Cheam June Wei terpaksa berpuas hati sekadar menjadi naib juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Belanda.
June Wei yang sebelum ini menumpaskan pilihan kelapan dari India, P.Kashyap serta juara remaja Eropah Toma Junior Popov dari Perancis tidak mampu menumbangkan pemain Idndia , Sourabh Verma di perlawanan akhir.


June Wei yang menduduki ranking ke 93 dunia tumpas Sourabh Verma yang menduduki ranking ke 62 dunia dengan keputusan 19-21,13-21.

Dalam perlawanan tersebut June Wei seakan keletihan dan banyak melepaskan mata berharga kepada pemain lawan. Ia juga meranapkan impian June Wei untuk merangkul kejuaraan keduanya dimana beliau berjaya memenangi Kejohanan Antarabangsa Belanda di Wateringen, April lalu.
Pertemuan ini juga merupakan aksi pertamanya menentang Sourabh Verma dalam kariernya.

Pemain Malaysia lain yang beraksi dalam kejuaraan Terbuka Belanda 2018 adalah seperti berikut :-

Perseorangan Lelaki
Joo Ven Soong (kandas di suku akhir)
Tan Jia Wen (kandas di pusingan kedua)

Perseorangan Wanita
Tiada wakil

Beregu Lelaki
Lim Kim Wah bergandingan dengan Tarun Kona dari India (pusingan pertama)

Beregu Wanita
Lim Chiew Sien/ Tan Sueh Jeou (pusingan pertama)

Beregu Campuran
Tiada wakil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.