LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jun Hoong juara sulung Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2017

Penerjun negara, Cheong Jun Hoong mencatat sejarah apabila berjaya menjadi penerima sulung Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2017.
Atlet penerjun berusia 27 tahun berasal dari Batu Gajah, Perak itu berjaya mencatat sejarah apabila memenangi pingat emas acara 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary pada tahun 2017.

Kemenangan itu telah menyebabkan beliau dicalonkan bersama lima atlet terbaik yang menyinar pada tahun lalu seperti jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, ratu bowling negara Shalin ZUlkifli, atlet pecut Khairul Hafiz Jantan serta jaguh lontar peluru para, MUhammad Ziyad Zolkefli.
Acara yang dianjurkan oleh ASTRO itu berdasarkan undian itu menyaksikan Jon Hoong meraih 42.9 peratus undian meninggalkan Azizulhasni yang mendapat 32.5 peratus manakala Shalin dengan undian 10.2 peratus.

Sudah pasti kejayaan ini akan menjadi pemangkin bagi Jun Hoong yang juga pemenang pingat perak Olimpik 2016 untuk terus mencatat kejayaan membanggakan buat negara.

Sumber :-Stadium Astro

Admin pun ada undi hari tu. Dan admin undi Jun Hoong juga. Kiranya dalam 42.9 peratus tu ada satu undi admin. Tahniah Jun Hoong

Please follow and like us:
error0

One thought on “Jun Hoong juara sulung Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)