Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jun Hao juarai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2017

Selepas empat tahun, akhirnya pemain perseorangan lelaki negara berjaya dinobatkan juara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2017.
Pemain yang mengondol emas, Leong Jun Hao berjaya menumbangkan pemain China Bai Yupeng dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-17 pada perlawanan akhir di Pusat Latihan Jaya Raya, Jakarta Ahad lalu.

Jun Hao yang diletakkan selaku pemian pilihan keenam berjaya menumbangkan pemain dari China berusia 17 tahun itu dalam pertarungan yang sengit.
Kesilapan pada set kedua hingga membolehkan pemain lawan mengutip mata mudah hampir meragut emas Jun Hao namun beliau masih mampu untuk memenangi perlawanan itu.

Kali terakhir pemain Malaysia muncul juara adalah melalui Soo Teck Zhi yang melakukannya pada edisi 2013 di Kota Kinabalu, Sabah manakala Zulfadli Zulkifli pula melakukannya pada edisi 2011 di Lucknow, India.
Tahniah kepada Jun Hao tapi perjalanan masih jauh. Kemenangan ini hanya sebagai batu loncatan sahaja. Jangan terlalu berbangga kerana contoh pemain terdahulu boleh dilihat dimana mereka tidak mencapai seperti yang diharapkan.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Jun Hao juarai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)