Assalamualaikum ..
Sebelum memulakan topik ini saya nak berkongsi gambar saya dan seekor ular sawa yang telah ditembak kerana memakan ayam di reban rumah.. Masuk nie dah dua ekor ular sawa hilang nyawa di rumah saya nie.. Harap-harap PERHILITAN atau WWF tidak membaca blog ini… Seperti biasa, sila klik pada gambar untuk dibesarkan..
Okay cukup cerita pasal kisah hari Ahad tu mulakan topik hari ini. Seperti yang tertulis di tajuk utama saya ingin berbicara tentang jujur.. Bukan ‘jujur’ lagu kumpulan Radja tu ye.. Sebaliknya mengenai apa itu jujur dalam kehidupan lebih-lebih lagi dari segi persahabatan …… Ramai orang yang mengaku jujur namun sering melakukan perbuatan ‘tikam belakang’ ..
Ada juga insan yang jujur namun kejujurannya dipergunakan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab. Ada yang jujur untuk berkawan namun insan yang mendapati situasi itu mempergunakan insan tersebut sehabisnya.. Mempergunakan individu untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan insan yang jujur itu.. Adakah ianya pernah berlaku pada anda???
Selain itu apakah sebenarnya makna ‘ jujur’.. Adakah cukup dengan menyatakan bahawa anda tidak menipu dan tidak akan membelakangkan seseorang itu.. Ataupun adakah anda jujur pada diri sendiri??
Adakah anda seorang yang jujur dengan suami/isteri, keluarga, teman anda? Atau pun anda masih sangsi dengan kejujuran pada diri sendiri? Jawapan terletak pada diri sendiri…Saya sendiri pun masih tidak tahu tahap kejujuran diri namun mungkin rakan-rakan di luar sana yang lebih mengetahui dan boleh menilainya..
p/s : – Topik hari ini agak pendek kerana secara jujurnya tiada idea lebih-lebih memikirkan apa yang berlaku esok… Huhuhuhu..
RSS Feed
Twitter



August 27th, 2007
zool 

Posted in 


Kau ada lesen untuk senapang itu? ha..ha. aku sungguh teruja memegang senapang. last sekali adalah semasa di Pulapah Air Hitam … semuanya aku try
Secara jujurnya, aku pun takde apa nak comment
Reply
azwan —> bapak aku yang ada lesen senapang tu,.. aku hapa tak boleh harap..
Reply
janji tinggal janji. kena reject pulak. rasa rendah diri. apakah tidak ada lagi yang jujur untuk selamatkan cinta yang bersemi???
Reply
pergh.. ular sawa.
Sila kembalikan ular tersebut kepada pihak perhilitan atau mergastua. Ahaks…
Reply
chewah ada iklan plak…
firus —> camne nak pulangkan.. dah masuk dalam perut…..
perut bumilah bukan perut aku ye…
Reply
akum zool,nape mangatoread berehat?idea dh krang yek..ker sumber utk manga xde..sory la dh lme xjengah blog hang..koneksi intenet bru lpas nazak..skang dh ok skit dh..
Reply
awqi_zar —> mangatoread terpaksa berehat kerana penulisnya dah tak tau nak tulis pe.. memang manga banyak info tapi teknik cut n paste membuatkan penulis merasakan ianya tidak jujur dengan diri sendiri..
penulis merasakan idea perlu lahir tulus dari hati dan bukannya menciplak idea orang lain.. Jadi terpaksa berehat namun blog ini akan cuba diteruskan selagi idea masih ada…
Reply
ular sawa dah masyuk perut bumi? kenapa tak tangkap je..? haaa… lain kali bleh popular gak… hidup2 dipublishkan diblog? hidup2…? apa macam idea saya…? meh sini nak tangkap ulau sewa ituuuuuuuuu…
Reply
ooo,ok2..xpe..tnangkan pkran..de idea,ble stat blik k zool..
Reply
doluu ada jugak terpukul sekor ulau, ingatkan ulau berbisa. rupa2nya terpekul ulau sawa. anak ulau sawa batik laaa… kecik je. adesh…
Reply
dulu pernah gak masa kat kampung ular masuk dalam rumah. tak silap saya arwah abah cari buluh untuk halau dia…lepas tu dibunuh atau dilepas saya pun dah lupa. sebab masih kecil lagi diri ini di saat itu…
Kalau isteri mengandung, orang kata si suami tak boleh pukul atau bunuh binatang…tapi came kes lak kalau binatang bahaya cam ni yer????
Reply
zool takder idea? meh sini kita jenguk apa yang ada di hafreze dot com ( iklan sikit kpd tuan rumah sahaja)
maaf yer banyak2
Reply
wah lebih ramai yang cerita pasal ular nampaknya..
takpe lah janji tak lari dari topik yang ada ditulis..
adila –> memang penah dengar cerita yang isteri mengandung suami tak boleh membunuh atau pukul binatang..
tak tau le kebenaran nya..
abdfatah —> ok sedang dijenguk..
Reply
secara jujurnya,saya pun pernah pukul ular sawa tapi fikir dua kali bagus lepaskan saja.Dia pun nak hidup juga.Nanti kesian pula anak2 ular sawa menangis ,ibunya tidak kembali lagi selama2nya.Mereka pula jadi anak yatim piatu.Pasal main tikam dari belakang ni,secara jujurnya saya pernah ditikam juga tapi tidak mati.Hehe.saya tak tau apa kesalahan saya org tikam dari belakang.Tapi saya biarkan saja.”Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu”.
Reply
mane2 penyokong skuad arsenal fc…
aku ade update sini… http://www.infoarsenal.blogspot.com
Reply
oo..men tangkap2 ular.wt sup pun bes gak
Reply
sue —> memang best woo..
Reply