Assalamualaikum ..
Sebelum memulakan topik ini saya nak berkongsi gambar saya dan seekor ular sawa yang telah ditembak kerana memakan ayam di reban rumah.. Masuk nie dah dua ekor ular sawa hilang nyawa di rumah saya nie.. Harap-harap PERHILITAN atau WWF tidak membaca blog ini… Seperti biasa, sila klik pada gambar untuk dibesarkan..
Okay cukup cerita pasal kisah hari Ahad tu mulakan topik hari ini. Seperti yang tertulis di tajuk utama saya ingin berbicara tentang jujur.. Bukan ‘jujur’ lagu kumpulan Radja tu ye.. Sebaliknya mengenai apa itu jujur dalam kehidupan lebih-lebih lagi dari segi persahabatan …… Ramai orang yang mengaku jujur namun sering melakukan perbuatan ‘tikam belakang’ ..
Ada juga insan yang jujur namun kejujurannya dipergunakan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab. Ada yang jujur untuk berkawan namun insan yang mendapati situasi itu mempergunakan insan tersebut sehabisnya.. Mempergunakan individu untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan insan yang jujur itu.. Adakah ianya pernah berlaku pada anda???
Selain itu apakah sebenarnya makna ‘ jujur’.. Adakah cukup dengan menyatakan bahawa anda tidak menipu dan tidak akan membelakangkan seseorang itu.. Ataupun adakah anda jujur pada diri sendiri??
Adakah anda seorang yang jujur dengan suami/isteri, keluarga, teman anda? Atau pun anda masih sangsi dengan kejujuran pada diri sendiri? Jawapan terletak pada diri sendiri…Saya sendiri pun masih tidak tahu tahap kejujuran diri namun mungkin rakan-rakan di luar sana yang lebih mengetahui dan boleh menilainya..
p/s : - Topik hari ini agak pendek kerana secara jujurnya tiada idea lebih-lebih memikirkan apa yang berlaku esok… Huhuhuhu..
Maklumat terkini (28.8.07 12.54 pagi)
*** Berita baru kepada sesiapa yang penah singgah blog blogspot.com saya.. Proses ubahsuai sedang dilakukan . Blog http://ligakampung.blogspot.com telah bertukar ke http://halbola.blogspot.com . Harap-harap penukaran nama blog ini mampu menjana idea baru terhadap blog2 saya yang lain.. huhuhuhu manakala blog mangatoread.blogspot.com terpaksa berehat panjang sehingga waktu yang dinyatakan kelak….. ***











August 27th, 2007 at 3:54 pm
Kau ada lesen untuk senapang itu? ha..ha. aku sungguh teruja memegang senapang. last sekali adalah semasa di Pulapah Air Hitam … semuanya aku try
Secara jujurnya, aku pun takde apa nak comment
[Reply]
August 27th, 2007 at 4:56 pm
azwan —> bapak aku yang ada lesen senapang tu,.. aku hapa tak boleh harap..
[Reply]
August 28th, 2007 at 3:05 am
janji tinggal janji. kena reject pulak. rasa rendah diri. apakah tidak ada lagi yang jujur untuk selamatkan cinta yang bersemi???
[Reply]
August 28th, 2007 at 3:27 am
pergh.. ular sawa.
Sila kembalikan ular tersebut kepada pihak perhilitan atau mergastua. Ahaks…
[Reply]
August 28th, 2007 at 4:58 am
chewah ada iklan plak…
firus —> camne nak pulangkan.. dah masuk dalam perut…..
perut bumilah bukan perut aku ye…
[Reply]
August 28th, 2007 at 5:32 am
akum zool,nape mangatoread berehat?idea dh krang yek..ker sumber utk manga xde..sory la dh lme xjengah blog hang..koneksi intenet bru lpas nazak..skang dh ok skit dh..
[Reply]
August 28th, 2007 at 6:38 am
awqi_zar —> mangatoread terpaksa berehat kerana penulisnya dah tak tau nak tulis pe.. memang manga banyak info tapi teknik cut n paste membuatkan penulis merasakan ianya tidak jujur dengan diri sendiri..
penulis merasakan idea perlu lahir tulus dari hati dan bukannya menciplak idea orang lain.. Jadi terpaksa berehat namun blog ini akan cuba diteruskan selagi idea masih ada…
[Reply]
August 28th, 2007 at 7:28 am
ular sawa dah masyuk perut bumi? kenapa tak tangkap je..? haaa… lain kali bleh popular gak… hidup2 dipublishkan diblog? hidup2…? apa macam idea saya…? meh sini nak tangkap ulau sewa ituuuuuuuuu…
[Reply]
August 28th, 2007 at 7:21 pm
ooo,ok2..xpe..tnangkan pkran..de idea,ble stat blik k zool..
[Reply]
August 29th, 2007 at 12:13 am
doluu ada jugak terpukul sekor ulau, ingatkan ulau berbisa. rupa2nya terpekul ulau sawa. anak ulau sawa batik laaa… kecik je. adesh…
[Reply]
August 29th, 2007 at 2:19 am
dulu pernah gak masa kat kampung ular masuk dalam rumah. tak silap saya arwah abah cari buluh untuk halau dia…lepas tu dibunuh atau dilepas saya pun dah lupa. sebab masih kecil lagi diri ini di saat itu…
Kalau isteri mengandung, orang kata si suami tak boleh pukul atau bunuh binatang…tapi came kes lak kalau binatang bahaya cam ni yer????
[Reply]
August 29th, 2007 at 2:53 am
zool takder idea? meh sini kita jenguk apa yang ada di hafreze dot com ( iklan sikit kpd tuan rumah sahaja)
maaf yer banyak2
[Reply]
August 29th, 2007 at 3:41 pm
wah lebih ramai yang cerita pasal ular nampaknya..
takpe lah janji tak lari dari topik yang ada ditulis..
adila –> memang penah dengar cerita yang isteri mengandung suami tak boleh membunuh atau pukul binatang..
tak tau le kebenaran nya..
abdfatah —> ok sedang dijenguk..
[Reply]
August 31st, 2007 at 1:13 am
secara jujurnya,saya pun pernah pukul ular sawa tapi fikir dua kali bagus lepaskan saja.Dia pun nak hidup juga.Nanti kesian pula anak2 ular sawa menangis ,ibunya tidak kembali lagi selama2nya.Mereka pula jadi anak yatim piatu.Pasal main tikam dari belakang ni,secara jujurnya saya pernah ditikam juga tapi tidak mati.Hehe.saya tak tau apa kesalahan saya org tikam dari belakang.Tapi saya biarkan saja.”Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu”.
[Reply]
September 1st, 2007 at 6:27 am
mane2 penyokong skuad arsenal fc…
aku ade update sini… http://www.infoarsenal.blogspot.com
[Reply]
October 20th, 2007 at 7:29 am
oo..men tangkap2 ular.wt sup pun bes gak
[Reply]
October 20th, 2007 at 10:01 am
sue —> memang best woo..
[Reply]