Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Josiah Ng perkenalkan e-cycling di akademi basikal

Pelumba trek lagenda negara, Josiah Ng kini kembali ke Malaysia untuk berbakti pada komuniti.
Sebelum ini kita mendengar betapa hebatnya beliau membawa pelumba basikal Thailand menumbangkan Azizulhasni tetapi kali ini beliau telah menubuhkan akademi berbasikal di Kota Damansara , Selangor pada bulan hadapan.

Josiah yang telah menyertai 3 kali Sukan Olimpik mempunyai matlamat untuk membantu rakyat Malaysia memajukan diri dalam sukan berbasikal.
Dalam akademi tersebut beliau memperkenalkan konsep e-cycling dimana pelatih boleh berlumba dengan sesiapa jua di dunia menggunakan konsep kaedah maya.
Ia juga dapat membantu rakyat Malaysia menyertai sukan berbasikal secara lebih selesa terutama kepada pelumba baharu mahupun yang ingin beriadah.

Ini merupakan inisiatif terbaik dari beliau untuk mencungkil lebih ramai pelumba berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Tahniah Josiah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.