Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hm.. nampaknya talian Streamyx masih tidak lancar.. Kadangkala bernasib baik sahaja talian tersebut dapat distabilkan..
Dan 2 minggu ni nampaknya saya telah aktif dalam friendster.. Tak sangka ramai kawan-kawan yang mendaftar di sana..
Harap2 dengan medium tersebut persahabatan kita akan kekal berpanjangan…

Rakan sepejabat kini telah berubah citarasa sukan.. Jika sebelum ini, futsall dan bowling menjadi tumpuan kini permainan badminton menjadi jadual mingguan bagi rakan-rakan sepejabat..
Bagi mengelakkan dari duduk di rumah sahaja dan membuncitkan lagi perut, saya juga menyertai mereka.. Walaupun sering menjadi lubuk bagi mendapatkan mata namun saya tetap juga mengikut mereka..
Apedehal kalah dan menang.. Memang melalui permainan tersebut saya dapati ’stamina’ memang berada dalam tahap yang rendah.. Jika zaman muda-muda dulu saya boleh juga bermain ‘rally’ tapi kini baru 10 kali raly dah mengah..
Perlu lebih banyak bersenam dan melakukan aktiviti yang menyihatkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang sering mendatangi rakyat negara kita ni..
Bercerita tentang permainan badminton ni, memang agak lama tidak memegang raket.. Mungkin dalam 5 -6 tahun yang lalu.. Dan sudah pastinya pengiraan cara baru iaitu mata 21 sedikit mengelirukan diri ini terutamanya ketika dalam permainan beregu..
Berkaitan juga dengan topik badminton, kalau kita lihat prospek bagi Olimpik 2008 di Beijing bagi mendapatkan pingat emas sudah pastilah kepada pemain-pemain badminton kerana mereka bertaraf dunia.. Nama-nama seperti Lee Chong Wei, Chong Tan Fook/Lee Wan Wah akan menjadi sandaran untuk mendapatkan pingat emas..
Mungkinkah mereka akan berjaya dan seterusnya akan menambah kembali minat budak-budak muda kepada permainan ini??? Kita saksikan sahaja …
p/s :- Sesiapa yang berada di Melaka boleh join kitorang main badminton di Kompleks Majlis SUkan Negara di Ayer Keroh berhampiran tasik ZOo..

















salam ziarah from Dublin.
Reply
sangat bagus main badminton. baik utk kesihatan. tapi aku tak berbakat main badminton. lwn dgn dak perempuan pun aku boleh kalah. adus…
Reply
JHaZKiTaRo –> terima kasih kerana melawat.. Harap sudi singgah lagi,…
aeropama –> tak pe yang penting keluar peluh.. aku baru balik.. mencicit aku lari …huhuhuhu
Reply
nak IkUT maIN!!
Reply
ko selalu main dengan sape Zool?
Reply
nak dekat sukan olimpik ni..aktif plak ye…hehe
Reply
syia –> boleh je.. tadahal.. ada reket ke???
Ahmad Uzair –> aku main ngan budak opis.. datanglah ari Isnin ngan Rabu kitorang main… nak buli aku pun takpe..
chot –> biasalah semangat olimpik..
Reply
Main badminton?…hehehehe dah lama tak main ni dan agaknya sekarang memang dah tak boleh main lagi…wakakakakka
Reply
salam semua….
korang main kat melaka ya? saya di KL tetapi ada geng main badminton setiap rabu malam. saya cadangkan demia cinta pada badminton dan mengeratkan silaturahim, apa kata geng kl dan melaka bermain bersama. sekali main di melaka, sekali lagi main di KL.
kalau setuju bolehlah contact saya di talian 012 – 288 1717
Reply
kat maktab aku slalu main badminton petang2.
best r.enjoy.dapat release tension.
Reply