Jom layan rambutan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekarang ni kalau diperhatikan memang musim buah rambutan. Kalau pergi ke mana-mana lokasi dimana terdapatnya pokok rambutan, dapat diperhatikan banyak rimbunan buahnya di pokok tersebut. Ada yang hijau (belum masak), merah dan kuning. Ianya memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia .

Di rumah memang terdapat pokok rambutan. Jika zaman muda-muda dulu terdapat 4 pokok namun kini hanya tinggal sebatang pokok sahaja yang masih kukuh. Berdasarkan pengetahuan, pokok rambutan ini telah wujud semenjak kecil lagi. Kiranya ia telah berada disitu lebih dari 20 tahun. Memang lama sungguh hayat pokok ni.

Sebenarnya saya agak kurang melayan buah rambutan. Almaklumlah, mempunyai masalah sikit kalau melayan rambutan banyak-banyak. Nanti batuk-batuk akan menjelma (pernah terbaca info, batuk tiada kena mengena dengan rambutan.. tapi macam ada je..).
Baru-baru ini, adik saya BDFabregas telah pulang sebab mak suruh ambil rambutan. Ye lah, buah rambutan kat belakang tu berterabur. Nak harapkan si Zool memang tak terkait le .. Jadi terpaksalah beliau dengan Gen-2nya memborong rambutan tersebut.
Kalau ada sesiapa yang nak layan rambutan, boleh je singgah kat rumah si Zool.. Tapi bergantung samada rambutan tersebut masih ada atau tidak ek. Kalau takde, tak dapat den nak tolong..
Huhuhuhuhu… Okaylah layankan gambar dibawah ni.

Photobucket
BDFabregas sedang menjolok buah rambutan untuk dimakan dan dibawa pulang ke rumahnya. Ye la .. Masa tengah mengarah pekerja-pekerja Bangladesh dan Nepal dikilang boleh layan rambutan sekali.. Huhuhuhuhuhu..

Photobucket
Rambutan sedang masak ranum dibelakang rumah. Di sini juga tempat persemadian kucing terbuncit, Tak tak. Banyak baja kot. Tu yang baik

Photobucket
Buah rambutan yang telah dikumpul ke dalam besen.

Sebelum tu, nak timbulkan persoalan sikit. Kenapa dipanggil rambutan ye?? Adakah Encik Tan yang menamakannya??? Ada sesiapa yang boleh dapat info sahih? Boleh kongsi bersama..

p/s :- Niat dihati nak tulis entri info pasal rambutan. Sekali semak, pernah buat entri pasal rambutan sebelum ni la.. Nak tau info boleh semak di entri rambutan di sana sini.. Walaupun entri ni mungkin sekadar gambar peribadi, harap dapat menyegarkan pandangan seketika..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1856
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

13 Responses to “Jom layan rambutan”

  1. anuarNo Gravatar says:

    bro…mmg best kalo ada pokok rambutan sendiri..aku rasa nama rambutan ni dtgnya dr bentuknya yang berambut, sama macm durian…cuma ditambah an sahaja dibelakangnya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehhehe saja je .. mana tau.. en tan yang menamakannya sebab tu ditambah tan dibelakangnya.. atau en an yg namakan.. atau en hasan (dipendekkan ambil an je..) ala dah pening kepala aku..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    whoa rambutan. kat sini rm80 sekilo. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    RM 80 sekilo?? gile lah.. ko dtg umah aku je amik sekilo tu…

    Reply

  3. hanifNo Gravatar says:

    Kat kampung aku pun ada pkok rambutan…tapi banyak kerengga la..nak amik pun takut haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sini pun byk kerengga gak. ari tu ada org nak beli (ambil sendiri) .. last2 tak jadi ambil.. byk kerenga.. tak berani..

    Reply

  4. kenNo Gravatar says:

    long time no eat rambutan edy! =)

    Reply

  5. pass la kat sini sket rambutan tu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    meh la datang sini..

    Reply

  6. AliNo Gravatar says:

    lame deh tak makan rambutan.teringin nak rase.mai
    le bagi seguni kat saye……..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    datang le sini..

    Reply

  7. Wan PerlisNo Gravatar says:

    suka dokong dan rambutan

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dokong pun best gak.. tapi kat umah takde plak

    Reply

Leave a Reply