LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Johor DT sah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015

Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mencatat sejarah dalam bolasepak Malaysia apabila menjadi wakil sulung yang akan beraksi di perlawanan akhir Piala Konfederasi AFC 2015.
Kejayaan ini dicatat berikutan keputusan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) dari perlawanan antarabangsa ekoran campur tangan kerajaan itu dalam urusan bola sepak.

JDT

Pasukan JDT yang dijadualkan bertemu juara bertahan Piala AFC, Qadsia SC pada Selasa ini di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru mendapat kemenangan percuma walaupun tumpas 1-3 pada perlawanan pertama di Kuwait tempohari.
Pasukan yang akan ditemui oleh JDT pada perlawanan akhir nanti adalah pasukan kelab dari Tajikstan, FC Istiklol yang pernah menumpaskan Pahang pada perlawanan suku akhir tempohari. Pasukan FC Istiklol juga mendapat kemenangan percuma selepas satu lagi pasukan Kuwait FC digantung dari beraksi di Piala AFC 2015.

Dalam satu kenyataan melalui web rasmi FIFA, penggantungan kelab dari Kuwait itu berkuatkuasa serta merta hasil keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA semasa mesyuarat pada 24 dan 25 September 2015 lalu.

Ini merupakan kali pertama semenjak 2009 tiada pasukan dari Kuwait beraksi di perlawanan akhir. Qadsia FC merupakan juara bertahan pada kejohanan ini
Pertembungan antara Johor DT dan FC Istiklol pada perlawanan akhir Piala AFC 2015 dijangka berlangsung 31 Oktober ini.

Ini merupakan satu sejarah yang baik untuk bolasepak Malaysia. Peluang sudah terbuka dan diharap barisan pemain JDT akan mempersembahkan corak terbaik untuk membawa pulang kejuaraan yang tidak pernah dikecapi oleh mana-mana wakil pasukan bolasepak dari Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)