Assalamualaikum..
Sihat-sihat ke anda semua??? Semoga makin bersemangat untuk melakukan sebarang kerja sambil memberi kejayaan dalam hidup masing-masing.
Nampaknya penulis tamu, BD telah pun mula kembali menulis dalam blog ini…. Jadi jangan terkejut kalau ada tulisan-tulisan yang agak berlainan dari penulisan biasa…
Sudah lama juga saya tidak menulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi. Almaklumlah dalam beberapa minggu ni agak sukar untuk mendapatkan topik berkaitan namun rasanya elok kalau saya bercerita tentang ‘jiwang’.
Saya tidak pasti samada perkataan ‘jiwang’ itu terdapat dalam kamus Dewan atau tidak. . Sebagai seorang insan normal seseorang individu akan mengalami perasaan berikut samada sedang bercinta atau tidak.
Dan kebiasaannya juga untuk menghiasi hari-hari jiwang, individu tersebut akan memutarkan lagu-lagu jiwang untuk pendengaran halwa telinga.. Namun sebenarnya kejiwangan yang melampau amat merbahaya kerana ia mampu mempengaruhi tahap kualiti kerja seseorang itu.
Kenapa?? Ini kerana akibat kuat melayan angan-angan jiwang akan menyebabkan produktiviti kerja menurun. Prestasi kerja yang menurun sedikit sebanyak akan memberi reputasi buruk kepada sesuatu individu tersebut.
Bagaimana pula dengan anda?? Apa pula persepsi dan definisi anda terhadap perasaan jiwang? Atau anda seorang yang jiwang karat??
Berita sampingan
Metro Wifi seluruh Melaka.
Melaka akan dilengkapai dengan rangkaian internet tanpa wayar berkelajuan tinggi. Menurut maklumat dalam akhbar dimaklumkan bahawa dalam tempoh setahun seluruh negeri akan dilengkapi dengan sistem WiFi ini.. Pergh harap-harap perkhidmatan yang diberikan lebih baik dari TMNet..
Tak sabar rasanya nak tengok perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh Melaka ICT Holdings (MICTH) ni.

















Bukan angan2 jiwang je, angan2 benda lain bpun boleh terbengkalai kerja…
Reply
WiFi seluruh melaka tu Negeri Melaka atau Bandar Melaka?
Reply
Kalau ikut target tahun depan semua complete WiFi ni..
tapi tunggu dan lihat .. Aku pun nak selidik sama ada ianya berjaya atau tak
Reply
wah!bestla orang melaka ek. ramaila yang celek IT nanti…hehe
Reply