Jia Wei juarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland 2017

Pemain perseorangan lelaki badminton remaja negara Tan Jia Wei berjaya mencatat kejutan apabila meraih gelaran sulungnya dalam kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland.

Pemain yang tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menumbangkan pilihan keempat Coelho Ygor dari Brazil dengan keputusan 21-13, 20-22, 21-10 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki.

Kemenangan itu gagal diikuti pemain perseorangan waninta negara, Lee Ying Ying yang tumpas kepada pilihan ketiga, Yui Hashimoto dari Jepun dengan keputusan 21-13,19-21, 10-21.

lee ying ying

Dalam acara badminton Cabaran Antarabangsa Vietnam 2017 pula, bekas pemain perseorangan wanita negara Tee Jing Yi yang beralih ke acara beregu wanita pula gagal untuk mendapatkan kejuaraan pertama selepas tumpas pada perlawanan akhir. Jing Yi yang berpasangan dengan Joyce Choong Wai Chi memberikan aksi terbaik ketika menentang pilihan ketujuh Erina Honda/Nozomi Shimizu dari Jepun dengan keputusan 14-21, 21-19, 14-21 dalam masa 52 minit.

  • BERNAMA

Tahniah kepada mereka yang layak ke akhir. Walaupun kejohanan Cabaran Antarabangsa tidaklah besar grednya tapi ia mungkin menjadi pemangkin untuk pemain negara maju dalam acara yang lebih besar seperti Grand Prix.

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply