Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jersi Baharu JDT untuk musim 2020

Pasukan bola sepak terhebat di Liga Malaysia, JDT telah melancarkan jersi baharu bagi musim 2020 pada hari semalam.
Dengan dua rekaan baharu, iaitu jersi sinonim merah biru selaku pasukan tuan rumah manakala jersi putih untuk aksi di tempat lawan.
Berbeza dengan jersi pasukan lain yang meletakkan nama penaja pada bahagian hadapan hatta pasukan Barcelona sekalipun, JDT menukar persepsi dengan mengosongkan bahagian hadapan menunjukkan bahawa kelab ini benar-benar bernilai RM1 billion.
Pelancaran di Dataran Bandaraya itu disaksikan oleh 5,000 penyokong tegar sambil disempurnakan oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim sambil disaksikan Menteri Besar Johor yang minat bola, Datuk Dr Sahruddin Jamal serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, SUkan Kebudayaan dan Warisan Negeri, Wan Kuzain Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Nike Malaysia dan Thailand menaja jersi JDT tersebut sehingga tahun 2023 dan mungkin akan disambung lagi jika kelab ini semakin gah meninggalkan pesaing di liga tempatan.
Menurut jurucakap Nike, jersi ini adalah diinspirasikan daripada bendera Johor sebagai simbolik kehebatan pasukan yang bergelar Harimau Selatan ni.

Jersi baharu berkenaan akan digunakan oleh JDT pada Liga SUper, Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia untuk semua kategori. Penyokong yang ingin mendapatkan kedua-dua jersi ORIGINAL itu boleh didapati dengan harga RM185 sehelai.

Amacam? Power tak jersi ni? Korang kalau bukan bangsa J pun boleh beli . Jangan malu .. Korang tengok je Facebook Johor Southern Tigers kalau nak cari info lanjut

Sumber Berita : BERNAMA diolah semula Fauzan Md Ali

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)