Jersi Baharu skuad kebangsaan menampilkan rekaan berkolar selepas 13 tahun. Nike Malaysia selaku pengeluar jersi bagi edisi 2020-2022 ini telah mengeluarkan rekaan ringkas bagi jersi utama dan away.
Dalam kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), rekaan jersi ini tampak lebih kemas dengan pemilihan warna baharu bagi memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.

Majlis pelancaran jersi berkenaan telah dilangsungkan secara maya di semua platfrom sosial rasmi FAM.
Boleh lihat di Youtube FAM
Jersi baharu ini boleh didapati dioutlet Nike terpilih dan di 24 outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic .
Atau secara dalam talian di www.nike.com.my dan www.al-ikhsan.com

Harga bagi jersi ‘home’ dan ‘away’ ini akan dijual pada harga RM299.
- BERNAMA
Apa pandangan korang semua dengan design jersi ni? Kami nampak terlalu ringkas dan kurang garang seperti yang dinyatakan.
Tapi tu sekadar pandangan kami. Mungkin anda ada pandangan tersendiri.