Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT tumpas di Vietnam pada perlawanan Piala AFC

Nampaknya aksi Piala AFC 2018 bagi pasukan JDT agak sumbang apabila tumpas pada pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An di Stadium Vinh, Vietnam.
Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, pasukan JDT terpaksa beraksi tanpa jurulatih asalnya Ulisses Morais yang meletak jawatan serta kehilangan Jorge Pereyra Diaz yang meninggalkan kelab tersebut ketika dalam perjalanan.

Menambahkan lagi kesukaran apabila penyerang import Gonzalo Cabrera tidak dapat digunakan kerana tidak didaftarkan dalam pertandingan peringkat Asia itu.
Tanpa kelibat Diaz, barisan serangan JDT agak sukar untuk memberikan bantuan kepada penyerang veteran Luciano Figueroa bagi mendapatkan gol.

JDt juga hampir dimalukan dengan jaringan besar namun dapat dikurangkan melalui kecekapan Farizal Marlias.
Dalam perlawanan itu, pasuakn JDT tumpas 2-0 melalui pemain Vietnam Van Duc pada minit ke 22.
Serangan balas dari Song Lam membuahkan hasil apabila Xuan Manh menembusi benteng Farizal Marlias pada minit terakhir perlawanan menyaksikan pasukan JDT pulang hampa.

Please follow and like us:
error0

One thought on “JDT tumpas di Vietnam pada perlawanan Piala AFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)