LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT tersekat di pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2018

Pasukan JDT terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Muangthong United FC dari Thailand selepas tumpas pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, Thailand.
Perlawanan yang berlangsung pada hari Selasa itu menyaksikan barisan benteng JDT mudah dirobek oleh pasukan kelab ternama Thailand itu.

Jurulatih, Ulisses Morais menegaskan bahawa terdapat rombakan saat akhir selepas penyerang import berbisa, Luciano Figueroa terpaksa diketepikan akibat jangkitan tonsil.
Pemain naturalisasi , Corbin Ong pula terpaksa diketepikan kerana masalah pendaftaran asing manakala bek veteran, Marcos Antonio belum pulih sepenuhnya.

Dalam perlawanan tersebut, terdapat jurang besar antara pemain Muanghtong United FC dan JDT menyebabkan kesilapan mudah dilakukan sekaligus menyebabkan bocor gawang JDT.
Biarpun begitu Morais tetap berbangga kerana JDT merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya beraksi diperingkat tersebut selama tiga musim berturut-turut.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Muangthong berjaya menjaringkan gol melalui Sarach Yooyen pada minit ke 7, Tristan Do minit 21, Heberty Fernandes de Andrade pada minit 29, 63 dan Theerathon Bunmathan pada minit ke 56.
JDT pula mendapat 2 gol saguhati pada minit akhir perlawanan melalui Jorge Pereyra Diaz.

SUmber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)