JDT semakin hampir merangkul juara Liga Super, tumpaskan Pahang di Darul Makmur

Nampaknya pasukan JDT semakin hampir untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk kali kelima berturut-turut selepas berjaya menumbangkan salah satu pencabar, Pahang dengan keputusan 2-1 di Stadium Darul Makmur pada malam tadi.
Tuan rumah cuba melakukan percubaan termasuk melalui bekas pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit awal perlawanan namun percubaan tersasar.
Sebaliknya, skuad Harimau Selatan berjaya menghasilkan gol pada minit ke 32 melalui tandukan cantik pemain import baharu, Fernando Andrez Marquez pada minit ke 32.

Kredit Gambar Facebook Johor Southern Tigers

Tersentak dengan gol itu, Pahang cuba bangkit dan hasilnya pemain import Issey Nakajima berjaya menghasilkan gol pada minit ke 84. Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri, JDT berjaya mendapatkan penalti selepas penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Heliza menjatuhkan Ahmad Hazwan Bakri.

Gonzalo Cabrera tidak mensia-siakan untuk memastikan JDT mendapat mata penuh. Dengan keputusan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas dengan keputusan 38 mata diikuti Perak (27 mata) manakala Pahang, Kedah dan Terengganu dengan 24 mata.
Liga kini berbaki 7 perlawanan dan ia menyaksikan semakin sukar bagi pasukan-pasukan lain bagi mengejar JDT walaupun secara matematiknya mereka masih berpeluang.

Saksikan Highlight Antara JDT menentang Pahang 12 Jun 2018

1 thought on “JDT semakin hampir merangkul juara Liga Super, tumpaskan Pahang di Darul Makmur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives