LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT sah juara Liga Super 2019 tumbangkan Melaka

Nampaknya JDT menjadi juara Liga Super 2019 sekaligus mencipta sejarah mencatatkan rekod selaku pemenang Liga Super bagi kali keenam berturut-turut.
Kejuaraan disahkan JDT selepas menumpaskan skuad Melaka di Stadium Hang Tuah, Melaka dengan keputusan 2-1 sebentar tadi.Gol-gol JDT disumbangkan Nazmi Faiz dan Diogo pada separuh masa pertama. Shukor Adan merapatkan jurang pada minit terakhir perlawanan namun masih tak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata di tempat sendiri.
Dengan kelebihan 16 mata ke atas pasukan tangga kedua memastikan pasukan JDT tidak boleh dipintas lagi untuk menjulang kejuaraan ini.

Tahniah kepada pasukan JDT. Nampaknya masih belum ada lagi pasukan yang mampu menamatkan dominasi pasukan Harimau Selatan dalam Liga Super ini.
Inilah kemampuan pengurusan yang baik dari JDT. Menampakkan hasil yang cukup hebat bagi pasukan mereka.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)