JDT, sabah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia

Selepas pasukan Terengganu FC (TFC) melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menumpaskan Felda 4-3 pada perlawanan Jumaat lalu, dua pasukan lagi ditentukan pada hari Sabtu (29 September 2018).
Sabah menjadi pasukan dari Liga Perdana yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Kelantan sebentar tadi. Sabah layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium LIkas itu, Sabah yang mendapat suntikan 20,000 penyokong berjaya memperolehi gol tunggal melalui pemain import Rodoljub Paunnovic pada minit ke 30. Gol tersebut terhasil selepas bola terkena salah seorang pertahanan Kelantan dan Paunovic tidak menghadapi masalah menyempurnakan tugas tersebut.
Pasukan Kelantan cuba mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Sabah yang dikemudi ketua pasukan Rawilson Batuil.
Keputusan ini menyaksikan sejarah tercipta bagi skuad Sabah yang kali terakhir layak ke peringkat separuh akhir adalah pda tahun 2007.

Bagi aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang pula menyaksikan pemain kebangsaan, Safawi Rasih meledak dua gol bagi membantu skuad tuan rumah menumpaskan pelawat pada aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Juara bertahan itu mara menerusi agregat 3-1 dan akan berdepan Terengganu pada aksi separuh akhir nanti. Dalam perlawanan tersebut Safawi menjaringkan gol seawal minit pertama selepas mendapat umpanan cantik dari Ahmad Hazwan Bakri.
Pada minit ke 73 sekali lagi Safawi menghukum pasukan Pahang selepas menyambar bola umpanan Natxo Insa sekaligus memastikan JDT layak ke peringkat empat pasukan terbaik.
Kemenangan ini juga menebus kekecewaan skuad JDT yang tewas kepada Pahang dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2018 pada 20 April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives