JDT Lakar Sejarah Juara Liga Super 5 Musim Berturut-turut : Apa perlu dilakukan pasukan lain

Semua sedia maklum yang pasukan JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super Liga Tahun Berturut-turut. Kejayaan ini menyaksikan pasukan dari Harimau Selatan ini merupakan pasukan pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan sebanyak itu dalam kejohanan liga terulung di Malaysia ini.
Kejayaan pasukan JDT ini patut diambil sebagai cabaran oleh pasukan lain dalam liga bola sepak tempatan. Jangan cemburu buta sebaliknya ambil pengajaran apa yang berjaya dilakukan oleh pasukan Harimau Selatan ini. Ligakampung.com ingin memberikan sedikit pandangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pasukan lain.
Antaranya ialah :-

1) Dana kewangan yang perlu dimantapkan oleh setiap pasukan. Jangan terlalu mengharap pada bantuan kerajaan sahaja. Mentaliti bantuan kerajaan negeri perlu dikeluarkan dari kepompong pimpinan pasukan. Mereka perlu mencari sumber kewangan sendiri. Carilah penaja yang boleh membantu. Mungkin juga mereka perlu mengeluarkan merchandise dengan harga yang berpatutan serta mempunyai pejabat serta galeri jualan.
Ia penting bagi mengukuhkan kewangan. Seperti kelab luar negara, mereka juga boleh membuka pegangan saham kepada orang awam bagi memiliki kelab bola sepak. Minta hak penyiaraan yang sepatutnya diterima sebelum ini. Mesti mereka ingat betapa TMJ sebelum ini cuba memperjuangkan hak penyiaran yang bernilai jutaan ringgit tu.

2) Ukur baju di badan sendiri. Pasukan pengurusan perlu tahu tentang kemampuan sendiri. Tak perlu nak ambil pemain import yang mahal tapi tak mampu bayar gaji. Pasukan kelab mesti mempunyai perancangan yang teliti sebelum musim bermula. Jangan boros sehingga timbul isu tunggakan gaji pemain. Ini memang isu yang perlu ditangani oleh setiap pasukan.

3) Pihak pengurusan mestilah terdiri dari mereka yang benar-benar ingin memajukan bola sepak. Elakkan mereka yang mempunyai kepentingan politik sebab tak bagus untuk perkembangan pasukan.

4) Majukan pasukan akademi. Pasukan perlu ada akademi sendiri untuk membentuk para pelapis. Selain untuk kegunaan pasukan di masa hadapan, para pemain ini juga boleh dijual sekiranya ada pasukan yang menginginkan mereka. Keuntungan menjual pemain boleh membantu meningkatkan kadar kewangan pasukan.

Okay, itu serba sedikit pendapat Ligakampung.com. Tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya menjuarai Liga Super untuk kali kelima. Semoga pada musim hadapan cabaran akan lebih menarik bagi pasukan lain.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply