JDT kuasai anugerah bola sepak Kebangsaan

Seperti dijangka, pasukan juara Liga Super 2018 berjaya mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang telah berlangsung pada Isnin lalu.
Dalam anugerah yang dihoskan oleh Harith Iskandar itu pemain sayap JDT, Muhammad Safawi Rasid menjadi pemain paling bernilai (MVP) selain mengondol dua anugerah lain iaitu pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik.

Pasukan JDT berjaya memenangi enam anugerah termasuk penjaga gol terbaik melalui Farizal Marlias, pemain ASEAN terbaik melalui Harris Harus, pasukan terbaik, penyokong terbaik, media sosial terbaik dan laman web terbaik.

Juara Piala Malaysia 2018 pula memenangi dua anugerah melalui jurulatih terbaik melalui Mehmet Durakovic dan pemain pertahanan tebaik menerusi Shahrul Saad.
Pemain muda Kedah Akhyar Rashid pula dinobatkan penyerang terbaik manakala Rufina Segovia mememangni anugerah pemain import terbaik dan anugerah kasut emas Liga Super 2018.

SENARAI PENUH PEMENANG ABK 2018:

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik: Shahrul Mohd Saad (Perak)

Pemain Tengah Terbaik: Muhammad Safawi Rasid (JDT)

Penyerang Terbaik: Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

Jurulatih Terbaik: Mehmet Durakovic (Perak)

Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan)

Pemain Import Terbaik: Rufino Segovia del Burgo (Selangor)

Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT)

Pemain Muda Harapan: Muhammad Safawi Rasid (JDT)

Pemain Paling Popular: Lee Andrew Tuck (Terengganu FC)

Anugerah Kasut Emas (Penjaring Gol Terbanyak): Rufino Segovia del Burgo (Selangor) – 31 gol

Penyokong Terbaik: JDT

Media Sosial Terbaik: JDT

Laman Web Terbaik: JDT

Anugerah Mesra Media: Yusri Che Lah (Ketua jurulatih Kelantan)

Anugerah Persahabatan: Hafizh Syahrin Abdullah (Pelumba MotoGP negara)

Anugerah Fair Play: Melaka

Anugerah Komuniti: Kedah Kenari Kid

Penjaring Terbanyak Liga Super: Rufino Segovia del Burgo (Selangor) – 31 gol

Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan): Shafiq Shaharudin (Kelantan) – 6 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier: Anselmo Arruda Da Silva (Felcra FC) – 19 gol

Penjaring Terbanyak Liga Premier (Tempatan): Bobby Gonzales (Sarawak) – 13 gol

Best XI: Farizal Marlias, Marcos Antonio, Muhammad Safawi Rasid (JDT); Kamal Azizi Zabri, Lee Andrew Tuck, Thierry Chantha Bin, Mohd Faiz Mohd Nasir, Brice Hermann Tchetche Kipre (Terengganu FC); Shahrul Mohd Saad (Perak); Mohd Rizal Ghazali, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

 

Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada mereka yang berjaya memenangi anugerah tersebut. Anda memang layak . Semoga anugerah ini akan membakar semangat para pemain untuk tahun hadapan pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives