LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT kandas di peringkat Kumpulan ACL

Pasukan wakil Malaysia di Kejohanan Liga Juara-juara Asia 2019, JDT hanya di peringkat kumpulan sahaja.
JDT yang diletakkan dalam Kumpulan E bersama juara bertahan Kashima Antlers, tunduk pada perlawanan terakhir menentang wakil Kore Selatan, Gyeongnam FC di Changwon Football Center.
JDT yang mengharapkan kemenangan pada perlawanan terakhir ini serta mengharapkan kejutan pada perlawanan antara Kashima Antlers menentang Shandong Luneng terpaksa akur dengan keputusan yang tidak memihak mereka.
Dalam perlawanan menentang Gyeongnam, JDT tewas 0-2 hasil jaringan Luc Castaignos pada minit 65 dan Takahiro Kunimoto pada minit 94.
Keputusan ini menyaksikan impian JDT untuk melangkah ke pusingan kedua terkubur.Meskipun menumpaskan JDT, Gyeongnam juga tidak layak dan menduduki tangga ketiga kumpulan.

Kredit Gambar : Twitter AFC Champio league

Ligakampung mengucapkan syabas kepada JDT, meskipun tidak berjaya ke peringkat seterusnya namun pengalaman pertama beraksi di peringkat tertinggi Asia merupakan satu pencapaian baik.
Membawa 4 mata menentang pasukan handalan Asia adalah satu pencapaian. Malahan dalam aksi-aksi menentang pasukan lawan, JDT memberikan tentangan sengit dan tidak menjadi pasukan belasahan seperti yang diramalkan sesetengah pihak.
Ia juga akan memberikan pengalaman kepada beberapa pemain seperti AKhyar Rasid dan Syafiq Ahmad untuk terus menampilkan aksi terbaik.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada JDT. Semoga akan maju lagi.

Sumber Berita :-Goal

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)