Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT juara Liga Super 2020

Tidak perlu diperkatakan lagi pasukan terulung Malaysia JDT sekali lagi merangkul kejuaraan Liga Super.
Kali ini mereka telah mengesahkan kejuaraan dengan baki 2 perlawanan. Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi skuad Harimau Selatan yang beraksi di gelanggang sendiri berjaya menumbangkan pasukan pelawat Sabah dengan keputusan 4-1.
Pasukan JDT berjaya mendapatkan gol pertama melalui pemain import Diogo Luis Santo pada minit ke 38. Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid seterusnya menambah jaringan pada minit ke 56.

Sabah merapatkan jurang melalui gol jaringan Dennis Buschening pada minit ke 74. JDT kembali bangkit dengan jaringan melalui Safawi Rasid pada minit ke 81. Leandro menamatkan sisa-sisa perjuangan pelawata apabila menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit ke 84.

Sumber : Twitter JDT Official

Keputusan ini menyaksikan pasukan di tangga kedua ketika ini iaitu Perak tidak mampu untuk berangan mendapatkan peluang memintas skuad JDT.
Selepas ini mungkin pasukan JDT akan menumpukan pula pada Piala Malaysia.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)