LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT catat kemenangan pertama ACL tumpaskan juara bertahan

Wakil pasukan kelab dari Malaysia, JDT mencatat kemenangan pertama dalam Kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) selepas menumpaskan Kashima Antlers. Kemenangan 1-0 hasil jaringan penyerang tempatan, Syafiq Ahmad pada minit ke 69 ini mencatat sejarah berjaya mengalahkan pasukan juara tahun lalu itu. Kashima Antlers yang merupakan pasukan dari Jepun itu merupakan pasukan yang digeruni di Liga J dan juga dalam kejohanan ACL.

Syafiq Ahmad yang dimasukkan dalam kesebelasan utama membuktikan pemilihan beliau berbaloi apabila melakukan satu jaringan cantik selepas menumpaskan dua pemain pertahanan Kashima sebelum melakukan placing cantik di sebelah kanan gol.

Selepas jaringan tersebut, Kashima yang tidak mahu pulang tangan kosong cuba mengasak namun persembahan penjaga gol Izham Tarmizi cukup baik sehingga menyukarkan skuad pelawat untuk mendapatkan gol sehingga akhir masa penuh.

Keputusan ini memberikan peluang kepada JDT untuk layak ke pusingan kedua sekiranya JDT mampu menewaskan Gyeongnam FC manakala Kashima tumpas pada pasukan dari China, Shandong Luneng. Secara matematiknya masih ada peluang meskipun perlu mengharapkan pasukan lawan untuk menang.

Berdasarkan persembahan malam ini, boleh dikatakan pemain tempatan yang diberikan peluang dapat menghasilkan kemenangan. Mungkin jurulatih boleh memberikan lebih ruang kepada pemain tempatan selepas ini.

Sumber Gambar dan Keputusan : Twitter ACL

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)