LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

JDT bakal mempunyai jabatan sains sukan

Sememangnya pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim(JDT) melakukan transformasi besar-besaran dalam dekad ini.
Kali ini pasukan bola sepak yang dimiliki oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu akan memiliki jabatan sains sukan sendiri pada tahun depan.

Dana sebanyak RM2 juta bakal diperuntukkan untuk memperbaiki kualiti pemain termasuk dari aspek nutrisi, psikologi samada dari segi mental dan fizikal.
Titahnya dalam sidang akhbar ”
“Kami akan berbelanja banyak dalam sains sukan untuk memberi pendedahan kepada pemain kami berumur dari 12 tahun hingga skuad utama kami. Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi”.
TMJ menegaskan bahawa JDT telah mengenalpasti beberapa pakar dari pasukan terbaik dari Eropah dan Asia untuk menggalas tugas tersebut.

Menurutnya lagi, JDT akan memilih pasukan Thailand untuk persediaan pramusim bagi menguji para pemain. Antara pasukan yang mungkin akan menjadi lawan adalah Buriram United, Muangthong United dan Bangkok United.
Perlawanan ujian itu dijangka akan berlangsung pada awal Januari 2019 bagi persediaan untuk menghadapi Kejohanan Juara-juara Asia (ACL) pada tahun depan.

– BERNAMA

Memang terbaik lah pasukan JDT ni. Selain dari bola sepak diharap ianya dapat digunakan juga untuk para atlet-atlet amnya yang datang dari negeri Johor.
Bagi pasukan lain pula bolehlah dijadikan contoh untuk menyemarakkan lagi kualiti skuad masing-masing.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)