Jaya Jusco terbesar di Melaka meletup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Terbaca satu berita mengemparkan dan menjadi buah mulut penduduk Melaka. Memang mengejutkan sungguh. Baru je dalam minggu ni kita dengar berita tentang pasaraya di KB Mall kali ini dikejutkan pula dengan letupan yang berlaku di sebuah pasaraya besar yang bakal dirasmikan pada minggu ini ( dengar cerita 17.12.09 perasmiannya).

Sedikit info dari MStar

Seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kebocoran pada saluran gas di Aeon Jusco Mall di sini menyebabkan satu letupan besar sehingga menjejaskan persiapan untuk pembukaan rasmi gedung membeli-belah itu Khamis ini.

Aeon Jusco Mall Melaka yang terletak di Jalan Lagenda, Bachang itu bakal menjadi gedung Jusco yang terbesar di Malaysia.

Dan persiapan untuk majlis pembukaannya rancak dijalankan dengan para pekerja dan penyewa sibuk menyiapkan lot/ruang kedai masing-masing apabila malapetak ini berlaku sejurus sebelum jam 1 petang tadi.
Letupan yang berlaku di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall itu sangat kuat sehingga meninggalkan lubang sedalam dua meter.

Kaca dan serpihan yang pecah dari letupan tersebut melayang sejauh 25 meter.

Ketika pihak bomba tiba, terdapat dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut.

Bagaimanapun, pihak bomba menemui Tiau See Peing, 25, seorang penyelia Restoran Old Town White Coffee ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.

Memang bahaya sekali. Tak sangka pula yang ianya berlaku sebelum perasmian. Walau apa pun diharap ianya tidak menjejaskan pasaraya tersebut.

Gambar tempat kejadian boleh tengok di blog Azraful

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3164
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

29 Responses to “Jaya Jusco terbesar di Melaka meletup”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    oh, JJ terbesar…

    ~ada ayat tak lengkap kat atas tu…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yang mana tu? tak perasan plak

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    perenggan terakhir…

    “Memang bahaya sekali. Diberitakan bahawa puncanya adalah (***) Tak sangka pula yang ianya berlaku sebelum perasmian. Walau apa pun diharap ianya tidak menjejaskan pasaraya tersebut.”

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. dah buang ayat tersebut sebab dlm MStar dah beritau puncanya

  2. KMZackNo Gravatar says:

    Perghhh ingat kene bom ngan militan tadi malaysia ade militan ke? huhuu.

    mintak jauh le mende-mende cam tuh

    heheheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak ni pasal gas..

    Reply

  3. firusNo Gravatar says:

    nie yg kat sebelah tesco eh??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup…

    Reply

  4. BabyMochaNo Gravatar says:

    HI. Nanged you!

    Click my ads and visit me :)

    Thanks! Have a nice day..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    thanks 4 visit..

    Reply

  5. x-poNo Gravatar says:

    lps ni, sume org fobia nk gi shopping complex..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal baru je KB Mall ari tu berlaku kes.. lepas ni mana plak

    Reply

  6. megatNo Gravatar says:

    adeh belum rasmi lagi dah makan nyawa. apa dibangunkan atas ‘kawasan keras’ ke?

    atau pun perlu persoalkan kecuaian manusia itu sendiri?

    kes-kes macam ni buatkan banyak tempat yang semakin tidak selamat. apakah ini juga disebut takdir!?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau le keras ke tak keras.. takde batu besau rasanya kat sana.. he hehe..

    kecuaian atau tidak mungkin pihak teknikal tau..

    Reply

  7. zellaNo Gravatar says:

    hurm..naseb baik xmeletup time perasmian…
    byk kes menggemparkan kat m’sia kebelakangan ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. kalau meletup time perasmian memang ramai org besau2 kena tu

    Reply

  8. ayisyNo Gravatar says:

    salam. Peh! Bahaya. Aku selalu gak lepaks n shopping kat Melaka. Kes ni boleh kacau market Jusco tu. :O

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang kacau punya.. tak tau khamis ni perasmian teruskan ke tak..

    Reply

  9. aidi-safuanNo Gravatar says:

    wahhhh…JJ!
    takot

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak leh takut sgt nanti tak leh shopping

    Reply

  10. eMa paRkNo Gravatar says:

    hurm.asal jd mcm ni ekk? ada irg sabotaj ker? hmm.hrp2 x jd kt swak.aminn

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak pasti samada sabotaj atau kelalaian..

    Reply

  11. saljuNo Gravatar says:

    meletup lagi..hari tu KBMALL..

    banyak bala skang nih..
    first time gak datang sini..mcm2 ada..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. tak selamat nak g shopping sekarang..
    g pasau malam je lah..

    Reply

  12. MrRolliesNo Gravatar says:

    hx sebab link blog azfarul =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok je….

    Reply

  13. adminNo Gravatar says:

    mst ada sebab pasepa meletup..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tuan.. apsal letak nick admin

    Reply

  14. safarNo Gravatar says:

    Kesiannya.bagaimana benda macam ni boleh terjadi.

    Reply

Leave a Reply