LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jawatan Presiden FAM : TMJ vs Anuar Musa

Nampaknya pertarungan antara dua nama besar dalam kancah bola sepak negara bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal terjawab dalam pemilihan di Kongres ke 54 pada 25 Mac nanti.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menentang Tan Sri Annuar Musa. Keputusan pencalonan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas tempoh pengesahan pencalonan berakhir pada jam 5 petang tadi. 2 calon lagi iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat menarik diri dalam pertandingan tersebut.

Kedua-dua calon ini mempunyai sejarah tersendiri. Bagi TMJ, kemampuan beliau menaikkan semula martabat bola sepak Johor hingga munculnya brand JDT cukup mengkagumkan manakala Tan Sri Annuar Musa pula dilihat berjaya menaikkan nama bola sepak Kelantan pada satu masa dahulu sehingga berjaya bersaing di peringkat AFC.

Namun kedua-dua ada pro dan kontra tersendiri. Pada pandangan Ligakampung.com , peratusan untuk TMJ menjadi Presiden FAM amatlah tinggi. Berbekalkan perubahan mendadak yang berlaku pada JDT serta kelantangan beliau bersuara pasti memberikan kelebihan. Bagi Tan Sri Annuar Musa pula isu terbaharu mengenai tajaan pasukan Kelantan sedikit sebanyak mencacatkan peluang untuk beliau menduduki kerusi panas bola sepak Malaysia ini.

Namun ianya tetap terpulang kepada mereka yang bakal memilih siapa pemimpin tertinggi Persatuan BolaSepak Malaysia. Samada mereka ingin memilih Presiden yang muda tapi aggressif ataupun Presiden yang berpengalaman luas dalam kancah bola sepak negara. Kami selaku penyokong bola sepak tempatan mengharapkan saingan yang berlaku adalah sihat tanpa menyebabkan perbalahan antara satu sama lain. Semoga pembaharuan dapat dilakukan oleh bakal Presiden FAM yang baru ini.

Sila berikan pendapat anda dalam undian ini
[Total_Soft_Poll id=”2″]

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)