Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Jawapan dari Jabatan Pendaftaran Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam saya menulis artikel mengenai mykad disalahguna dan telah menghantar tentang status versi Kad Pengenalan yang hilang dan mendapat jawapannya. Soalan dan jawapannya :-

Tarikh / Masa : Oct 8 2009 7:23PM
Nama :ZOOL
No.K/P (cth:700110101021) :78
No Passport :
Jenis Aduan :
Pertanyaan Kategori Aduan :
Kad Pengenalan Cadangan / Aduan / Ulasan:
Selamat Sejahtera. Saya Zool ingin membuat sedikit pertanyaan. Baru-baru ini saya telah kehilangan kad pengenalan dan telah membuat kad baru. Saya terbaca satu artikel di media mengenai seorang pesara kerajaan yang mengalami masalah kerana mykadnya digunakan oleh penjenayah. Sehubungan itu bolehkah pihak JPN memberi jaminan bahawa mykad yang hilang itu telah dibatalkan maklumat dan transaksinya. Ini bagi melindungi saya dan mungkin juga mereka yang mengalami masalah seperti saya. Harap maklum Zool p/s :- Bolehkah hantar maklumbalas ke emel saya, zzarizi@gmail.com ?

JAWAPAN:
untuk makluman tuan, versi kad pengenalan yang hilang akan dibatalkan dalam sistem jabatan pendaftaran negara. kad pengenalaan tersebut tidak boleh digunakan di jpn dan agensi-agensi yang online dengan jpn. sekian harap maklum.
Pegawai JPNM : PRO

Harap-harap penjelasan oleh PRO JPN ini tepat supaya tidak menimbulkan kecurigaan. Almaklumlah sekarang ni macam-macam penyalahgunaan mykad berlaku. Cuak juga
Cuma ada beberapa yang kureng pada sistem ini,

1. Jawapan tidak boleh dihantar ke emel. Mungkin masalah privasi tapi sekurang-kurangnya diadakan notifikasi yang jawapan telah dijawab. Kadang-kadang tak ingat pernah hantar aduan.
2. Secara amnya penggunaan singkatan PRO (Public Relation Officer) tak melambangkan formaliti.

Anda boleh membuat aduan di Sistem Aduan Awam JPN.

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 45
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

5 comments to Jawapan dari Jabatan Pendaftaran Negara

  • Selamat ke dengar penjelasan tu.
    rasanya betul.takkan mereka nak tipu.

    Reply

  • heheh…tak cukup formal la gaya tulisan org dari JPN ni…

    huruf besar pun malas nak taip…

    PRO tu plk bkn semua org familiar..

    Reply

  • seb baik la tu kan
    tapi kena sentiasa berhati2 gak

    Reply

  • Biasanya jawapan begitu diberi secara terus oleh pengendali sistem aduan berdasarkan fakta umum yang diketahui mereka. Apa yang dimaksudkan dengan versi dalam jawapan tersebut adalah 2 (dua) nombor terakhir dalam MyKad di bahagian belakang Kad. Contohnya:

    xxxxxx-xx-xx-02 <- nombor 02 di belakang nombor MyKad merujuk kepada versi kad tersebut, versi ke-2. Kalau kita pernah hilang MyKad, mungkin nombor seterusnya adalah 03. Setelah dibuat laporan kehilangan dan gantian kad, MyKad versi 02 tidak lagi boleh berfungsi (secara teknikal); bank, JPJ dan mana-mana perkhidmatan yang memerlukan pengesahan MyKad. Ini kerana rekod dalam MyKad disimpan secara langsung oleh JPN dan agensi seperti Bank dan agensi kerajaan lain perlu membuat akses secara langsung untuk mendapatkan maklumat tersebut. Kalau kita sudah menukar MyKad baru, maka informasi mengenai pertukaran versi kad tersebut juga boleh diperolehi oleh agensi yang berurusan.

    Kadang-kadang kita perlu simpati dengan pengendali sistem aduan tersebut. Ada masanya beliau bertugas berseorangan sementara orang lain sibuk melayan aduan melalui telefon dan lain-lain karenah manusia.

    :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih atas penerangan anda…
    Sebagai pengguna memang ada sedikit takut biasalah

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>