Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tak bercerita tentang buah-buahan. Sebagai budak kampung jambu batu merupakan antara buah yang diminati. Masa kecil-kecil dulu ada pokok jambu batu di rumah. Selamba je panjat dan makan begitu saja tapi kini masa berubah. Pokok jambu sudah tiada lagi..

Kalau kita lihat di tepi-tepi jalan banyak gerai-gerai buah potong yang menyertakan dengan jambu batu ni. Di tambah dengan asam jeruknya menjilat jari sungguh. Selain digemari secara makanan buah segar ianya juga diproses untuk dijadikan jus, dan jem. Memang best minum jus jambu batu ni.. Okay kita teruskan dengan sedikit info.
Jambu batu merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah Psidium guajava, Linn dari keluarga “Myrtaceae”. Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
Sumber :- WIkipedia
Khasiat Jambu Batu
Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
- Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
- Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kuli
Sumber :- Herba Tihara
Tapi hati-hati dengan bijinya.. Jangan main telan-telan je nanti berpotensi untuk tersangkut di apendik…
Selain tu, tanaman jambu ni juga agak berpotensi untuk dimajukan tapi perlu serius sebab penjagaan dia cerewet dan tanah mesti besar. Kalau setakat part time mungkin sukar kot…
Okay cukuplah tu.. Esok mesti cari jambu ni.. Dah mengidam lah pula.. Huhuhuhuhu
RSS Feed
Twitter



October 6th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Bagus jambu batu ni. Banyak Vitamin C.
Reply
teringat kat bulan puasa,lepas terawih mesti p kedai makan rojak buah jambu…
Reply
teringat air jambu 88
Reply
dr house –> memang bagus.. vitamin c..
mydailyblog –> wah.. puasa makan jambu ye.. best tu..
luthtextile –> mende tu??
Reply
jambu batu lebih sedap dr makan batu..haha
asal x d shoutmix kat cni..x syok la..hehe
ak da bg wit raye wat beli jambu..bile nk klik nn balik..huhu
Reply
sodappnyerrr..
sorry about kehilangan wallet ittewww
Reply
din –> oo ko penah makan batu ye?? tak suka shoutmix, ramai yang SPAM ..
en me –> memang sedap
Reply
Seingat aku, aku pernah jual air tebu dan jambu asam ni sekitar tahun 1986 sbb nak cari wang saku sekolah.
Reply
zool
Reply:
October 8th, 2009 at 20:14
oo.. pengalaman tu..
aku dulu tak penah jual jambu..
rambutan penahlah
Reply
Ramai dari and yang masih tak tahu apa itu khasiat ! Walau apapun tumbuhan itu yang penting khasiatnya datang dari Tanah ! Lagi nutrient tanah itu lagi khasiat yang anda dapat dari tumbuhan itu. Penggunaan baja kimia telah berleluasa dan ramai yang tidak tahu mudaratnya. Jadi cubalah baja bio and cubalah rasa sendiri buah yang guna baja bio and baja kimia. Sekarang negara maju go bio and negara membangun masig go kimia !!
Reply
[...] kawasan anda tiada keadaan seperti ini. Saya memang penggemar jambu dan pernah menulis mengenai jambu batu yang sedap . Saya agak teruja pabila melihat banyak gerai-gerai jus jambu di tepi-tepi jalan. Memang sesuatu [...]
Salam semua….
betul tu jambu ni selain banyak vitamin c khasiat dari pucuk sampai ke akarnya….antaranya
-Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
-Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
-Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kuli
Reply