Jambu Air yang sedap

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali kita ke segmen buah-buahan.. He he he.. Cam rancangan tv lah plak.. Tapi rasanya ramai rakan-rakan yang meminati jambu air ni. Malahan kalau pergi ke utara dan singgah ke Rawat dan Rehat (RNR) Tapah, jambu air sering menjadi tumpuan untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Betul tak??

Baru-baru ni adik saya telah membeli jambu air ketika beliau ke JB.. Memang best sekali terutama di tambah dengan jeruk yang dibeli dari Penang..

Ops cukup pasal kesedapan buah jambu tu.. Rasanya tak seronok kalau tak tulis info-info tentang buah jambu air ni..

Jambu air adalah tumbuhan dalam suku jambu-jambuan . Antara jambu yang sedang meningkat popular ialah jambu air mawar atau jambu semarang. Dikalangan pengusaha, jambu ini dikenali sebagai “jambu madu”. Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jambu semarang yang telah dibawa masuk dari Indonesia dan Thailand.

Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih.

Okay.. Cukuplah setakat ini kan.. Sambil melayan blog-blog makan jambu air..

p/s :- Sori gambar asal tidak dapat diselitkan..Semuanya telah selesai dalam saluran darah atau di kawasan perkumuhan.. Huhuhuhuhuhu..

Pengunjung Entri Ini :8974

13 comments:

  1. aah yer lah time cuaca panas gini ada gambar jambu air pulak..best kalau cecah ngan kicap+gula+ciliapi.

    Reply

  2. nampak mengiur kan hehe… baru2 ni angah balik dari KB belikan jambu ni utk abah mak dia… zino je yg manghabiskan hehe

    Reply

  3. assalamualaikum saudara. saya ibi,anak pengusaha jambu air yang sedap sangat tu…untuk pengetahuan saudara,saya amat tertarik dengan artikel yang saudara kemukakan.jambu madu memang sinonim dengan kehidupan saya. untuk pengetahuan saudara lagi..ayah saya merupakan pengusaha jambu madu nie.kami anak beranak mengusahakan ladang jambu madu nie di kampung olak lempit,daerah kuala langat,bandarnya banting. jambu madu nie memang sedap,,saya akui kerana selama 15 tahun saya makan jambu madu langsung takda rasa bosan.malahan setiap kali musim jambu saya akan makan sampai kenyang.kalau nak sampai puas memang takkan puas punye…haha. kalau saudara mahu rase jambu madu keluaran anak melayu datang lah ke kampung saya.saya menjualnya di tepi jalan saja. jambu madu saya lain rasenye, ianye manis…sedap…lazat..n pelbagai lagi rasenye..haha. saudara bolehlah hubungi saya di no.0132738927.tq..

    Reply

  4. salam…jambu madu ni memang sedapp..tapi jambu madu ni brape kali ye dia berbuah dalam setahun??jambu ni bermusim kan?

    Reply

    zool Reply:

    memang sedap tu.. tak pasti plak dia ada musim ke tak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,052 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge