Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kepenatan memang terasa bila melakukan pemanduan yang agak jauh. Tugas tetao bila adik saya bercuti panjang ialah menghantarnya. Kalau dekat takpe juga, ini terpaksa ke Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan yang memakan masa sekitar 7-8 jam (pergi dan balik). Kebiasaannya perjalanan ke sana, saya sering menggunakan jalan Rumah- Jasin- Tangkak-Segamat-Muadzam- Gambang tapi untuk kali ini mencuba jalan Rumah – Gemencheh – Palong – Muadzam- Gambang. Alhamdulillah nasib baik adik saya mengingati jalan-jalan jadi tiadalah berlaku kesesatan.. Perjalanan yang biasa mengambil masa 3 1/2 jam dipendekkan ke 3 jam sahaja.. Memang nampak perbezaannya… Sebelum ke UMP singgah sebentar makan di kedai makan di Jaya Gading berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Kuantan. Sempat la beli keropok lekor buat bekalan balik ke rumah..
Setelah pergi melalui jalan ‘Felda Palong’, perjalanan balik ingin mencubanya tapi alangkah malangnya. Jalan punya jalan, tak sama seperti perjalanan pergi. Ntah kemana arahnya, ladang kelapa sawit kiri dan kanan. Cuak gak takut jalan-jalan sampai ‘Temerloh’ tak ke naya.. Jauh nak pusing tu.. Tapi alhamdulillah walaupun cuak namun mungkin berkat bersama ‘emak’ akhirnya jumpa juga simpang nak ke Segamat. Alhamdullilah.. Walaupun membuang masa kira-kira 30 minit kesesatan tapi syukur juga.. Nasib baik jumpa juga jalan, kalau sesat sampai perkampungan Bunian lagi parah.. Alamat tak ber’update’ lah blog ni (tapi ada ke orang kesah?? )… Nampak gayanya saya perlu juga mencari GPS.. Ikut gaya cam pemandu dalam entri OhPemandu, gerenti tak sesat punya..
Hanya ini sahaja gambar yang diambil.. Rugi plak tak ambil gambar kapalterbang tengah buat latihan dekat kawasan TUDM …

SilverRay tengah lepak-lepak berhadapan kampus siswi UMP.. Takde keje le si ZOol tu.. Terpaksa tunggu kat bawah..

Nasi ayam kat Pahang ni tak banyak beza dengan kat Melaka.. Takde keistimewaan sangat.

Dah setel memakannya..
Kesimpulannya, biasa je macam perjalanan sebelum ni.. Cuma seperti entri lama ke UMP Pahang tiada banyak perubahan.. Rasanya masalah jalanraya yang teruk masih menjadi perkara yang masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan..
RSS Feed
Twitter



February 22nd, 2010
zool
Posted in
Tags: 


bersama ‘emak’?
Reply
zool
Reply:
February 23rd, 2010 at 08:04
kenapa ?? salah prosakata ke??
Reply
beliamuda
Reply:
February 23rd, 2010 at 17:44
kenapa mesti ada pengikat kata?
Reply
zool
Reply:
February 23rd, 2010 at 18:17
takde apa.. cuma menghargai ‘emak’.. tu je..
licin pinggan hehehhe
Reply
zool
Reply:
February 23rd, 2010 at 14:04
lapau amat tu
Reply
terbaek zool. pasni bleh tolong hantar mana2 anak sedara yg masuk u ni…
Reply
zool
Reply:
February 23rd, 2010 at 14:04
adoi.. nanti sesat lagi…
Reply
apasal tak singgah tempat ko belajar dulu?? heheh
Reply
zool
Reply:
February 23rd, 2010 at 18:18
jauhlah.. lagi pun nak gi sana nak jumpa sapa???
Reply
[...] lalu si Zool tinggal seorang diri dirumah kerana mak pergi ke Pahang menghadiri konvokesyen adik di UMP Pahang. Memandangkan pada hari Sabtu terdapat pasar malam di Jasin, maka saya pun pergi ke sana untuk [...]