Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tidak menulis tentang diri ini. Asyik tulis entri ‘keyword’ je. Sesekali tulis perihal kehidupan sendiri pun ok gak. Pada hari Sabtu yang lepas si Zool telah berjalan-jalan bersama mak dan adik ke Shah Alam Seksyen 17 bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Majlis perkahwinan diadakan pada hari Ahad tetapi majlis pernikahan dilangsungkan pada hari Sabtu maka si Zool datanglah awal sikit.
Memandangkan datang awal si Zool buat beberapa perancangan. Mula-mula ingatkan nak pergi tengok bebudak #SBFutsall kat Sport Planet Seksyen 16. Lepas sampai rumah pakcik di Seksyen 17 terus cari di mana arah Sport Planet tu. Mula-mula tak jumpa tapi akhirnya ternampak juga lokasinya. Singgah le jap tapi tetiba jadi segan bila tengok bebudak muda je kat sana. Nak join tak bawa pakaian sukan, nak tegur tak berapa nak kenal. Jadi cabutlah selepas beberapa minit berada di sana ( yup, memang bodoh sebab tak join tapi nak buat camne, malu tak bertempat…).
Selepas je makan tengahari di rumah pakcik, saya dan adik pergi merayau di Kompleks PKNS dan SACC Mall. Almaklumlah bukan selalu pergi Shah Alam ni. Agak sukar nak masuk ke kawasan tersebut sebab ada penutupan jalan untuk majlis berbasikal sempena Earth Hour di kawasan berdekatan. Tengok kat Kompleks PKNS memang tak banyak perubahan ketara berbanding 10 tahun yang lepas. SACC Mall pun tak berapa nak meriah, cuma masa datang tu ada majlis Nasyid yang ditaja oleh Mukmin (eh cam iklan pula..).
Selepas bosan kononnya nak cari tudung untuk mak, singgah ke Masjid Shah Alam, masjid yang menjadi nostalgia lebih 10 tahun yang lalu. Masjid inilah tempat untuk si ZOol dan kawan-kawan solat Jumaat dan masjid ini jugalah tempat untuk si Zool dan kawan-kawan makan berbuka free. Huhuhuhuhuhuhuhu.. Dari segi struktur ada perbezaan dimana terdapat restoran di kawasan masjid manakala di dalamnya ada gerai-gerai. Dulu takde tu.. Ditambah pula dengan adanya kerusi urut yang menjadi tempat si ZOol merehatkan badan seketika. Huhuhuhuhu.
Selain itu lepas habis ke masjid dan menghantar adik ke rumah pakcik, si ZOol melakukan rondaan. Melihat kembali kawasan sepeninggalan masa belajar dulu di Seksyen 6, Seksyen 4 dan tempat kerja sementara di McDonald Seksyen 9. Cuba juga menjengok MC Donald tu kalau ada sesiapa yang dikenali tapi memang langsung tiada. Semua muka yang tak dikenali. Yelah, dah 10 tahun takkan sama lagi kan? Seksyen 6 tak banyak beza, pasar besar masih utuh dan terdapat beberapa restoran mamak yang masih beroperasi. Di Seksyen 4 pula, ada sedikit pertambahan dari segi Dewan MBSA yang semakin besar dan ada Jabatan Pendidikan kat situ.
Di waktu malam pula, kami bermastautin di rumah sepupu di Seksyen 24 yang tidak berapa jauh dari Seksyen 17. Mula-mula ingatkan nak cari Uptown sebab dengar cerita Seksyen 24 terdapat Uptown yang gempak. Tapi tak jadi pergi sebab kepenatan. Makanan pun beli di restoran berdekatan iaitu ‘Restoran Aida Tomyam’ (dulu kat Seksyen 6 ada nama kedai Makan Aida Tomyam.. Tak tau le pemilik sama atau lain..). Lama tak lepak rumah pangsa dan mengimbau kembali kisah tinggal di rumah pangsa. Memang penat bila nak panjat tangga (tempat tinggal tingkat 4).
Pagi esoknya, sebelum majlis berlangsung, si ZOol sempat mengulau ke tempat nostalgia iaitu di Tasik Shah Alam. Kat sinilah tempat si Zool berjogging (huhuhuhu. Ada le 4-5 kali kot dalam tempoh 2 tahun tu..). Dan sempatlah juga berjalan kaki pusing satu tasik tu (bermula dari parking Wet World). Penat lah juga tu. Almaklumlah dah lama tak bersenam.. Dah puas bersenam sebelum singgah ke majlis sempat juga melihat ke tempat perhentian bas di Seksyen 17. Dulu sikit je bas, sekarang ni banyak kaunter. Cuma yang menyedihkan bila stesen tu tak banyak perubahan sedangkan ramai yang menggunakannya.
Waktu nak balik, Si Zool ikut jalan masuk Senawang. Alhamdulillah berjaya juga singgah ke Cendol Leman Dawi yang popular tu.. Memang betul gamatlah Pak Cik Sulaiman bin Dawi tu. Tapi yang lebih cool bila tengok banner yang tertulis ‘Percuma’. Tambah Cendol percuma, air bali percuma.. Memang terbaek lah…
Ini antara gambar yang sesaja diambil..

Tasik Shah Alam

Papan tanda kat Tasik Shah Alam yang berikan semangat untuk berjalan

Air pun percuma tu. Tapi tak order pun sebab dah layan Cendol..
Tak banyak gambar ambil pun..
Okay cukuplah setakat ini.. Tak tau le bila nak turun Shah Alam lagi. Harap-harap kalau turun lagi dapatlah jumpa rakan-rakan..
Sekian.



saya ni bekerja kat Shah Alam kat TTDI…tapi tak berapa arif jalan Shah ALam ni huhu…
Leman Dawi cendol ni steady tu…banyak cakap..tanya la macam2 kat dia semua dia tahu…sejarah tamadun di Malaysia ni semua leh jawab…
Reply
zool
Reply:
April 3rd, 2012 at 22:41
oo. dah berapa lama kat Shah Alam tu?? TTDI saya pun tak berapa nak mahir
Reply
Norizwan
Reply:
April 3rd, 2012 at 23:14
saya dah 5 tahun bekerja di area TTDI…walaupun tiap2 hari kerja tempat itu…macam ni la saya skang…huhu
Reply
hmm… nostalgia….
Reply
Payah dah nak jumpa yang percuma sekarang
Air kosong pun biasanya kena bayar
Reply