Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni saya mengambil cuti tapi bukan sekadar cuti duduk rumah tetapi ada misi yang ingin dilaksanakan. Ada misi iaitu ke pejabat Tabung Haji, pusat Zakat dan pejabat Kraftangan Malaysia cawangan Melaka.
Nampaknya perjalanan si Zool ke Perbadanan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Melaka. Untuk pengetahuan, pejabat PKKM terletak di Alor Gajah iaitu di
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka
Lot 89-102, Kawasan Perindustrian Alor Gajah
78000 Alor Gajah, Melaka
Bagi yang tidak mahir dengan kawasan tersebut boleh lihat peta di bawah.

Perjalanan tidak terlalu jauh cuma mungkin ada yang terkejut melihat pejabat agensi Kerajaan Persekutuan ini terletak berhampiran dengan kawasan kilang. Lokasi pejabat ini tidak sukar dicari kerana ia terletak di tepi jalan. Ada papan tanda yang menunjukkan kawasan pejabat tersebut.
Alhamdulillah saya mendapat layanan yang sewajarnya. Malahan petugas tersebut sebenarnya telah menghantar emel mengenai maklumat yang diminta namun beliau tetap memberikan senarai tersebut kepada saya.
Dalam kawasan pejabat tersebut terdapat kawasan pameran kraftangan yang boleh dibeli. Tapi si Zool hanya singgah sekejap je. Tak berani nak tengok lama-lama sebab tiada orang pada waktu tersebut. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil.

papan tanda ke PKKM Melaka.

Pejabat PKMM
Maklumat terkini
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Malaysia akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 12 Julai 2011 bersamaan Hari Selasa. Agak malang si Zool tak dapat datang sebab ada ketentuan lain. Kepada anda yang berada di kawasan berhampiran bolehlah kesana. Mungkin ada yang menarik perhatian anda.

Maklumat mengenai PKMM boleh rujuk di blog http://cawanganmelaka.blogspot.com/
Sekian..


tak gi KL hari ini? hehe..
Reply
zool
Reply:
July 9th, 2011 at 15:00
mana nak pergi.. kang tersangkut tak balik melaka nanti
Reply
[...] satu pemborong dan mencari alternatif lain untuk mendapat produk. Insyallah selepas pergi ke ke Kraftangan Melaka saya telah mendapat senarai pengusaha kraftangan di Melaka. Insyallah akan menilai tempat-tempat [...]