Jalan-jalan Kay El

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Rindu betul dengan blog ni. Dah dua hari tak kemaskini Jumaat melayan futsall sampai penat manakala hari Sabtu pula penat dengan aktivit berjalan-jalan ke Kay El. Jadi kesempatan adalah pada hari Ahad sahaja.

Untuk entri kali ini, si Zool ingin bercerita mengenai kisah personal mengenai jalan-jalan ke KL (ada ke orang nak baca ek??). Takde apa yang menarik sangat tapi saja je nak berkongsi perjalanan tersebut..Bolehkan.??

Sebenarnya projek jalan-jalan ke KL ni tiada perancangan khusus pun. Hari Khamis baru rancang dengan member opis dan terus je jalan. Kira ‘gamble’ je ..
Dah le penat sebab malam sebelum tu layan futsall sampai kul 1.00 pagi (mengeteh yang lama tu)..
Pagi Sabtu pula kena kerja jaga kaunter kutipan luar rumah Pangsa. Tapi perancangan tetap diteruskan.. Saya hanya mengikut je member bawa. Maklumlah orang kampung, mana reti jalan-jalan KL ni..
Disebabkan masa terhad (sampai KL pukul 4 lebih) dan kesesatan menyebakan terpaksa meminta bantuan. Dan member mencari rakannya yang bermastautin di KL.. Kiranya ada ‘tourist guide’ tak berlesen la tu..
Antara tempat yang sempat disinggahi ialah KLCC, Plaza Low Yatt dan makan-makan Kampung Baru ( nak pegi Dataran KL tapi susah nak parking, setakat pandang je la). Memang ramai orang kat tempat-tempat berkaitan. Malam seumpama siang bagi warga kota yang sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Berikut sedikit gambar yang sempat di snap….

Photobucket
Masjid tempat sembahyang Asar.. Kat mana ntah tapi dekat-dekat ngan Institut Kemahiran Baitulmal.. Sapa tau tolong le beritahu.. Yang menarik perhatian si Zool adalah kubahnya yang unik.. Yang tak menariknya ada satu ‘couple’ boleh duduk kat dalam kawasan masjid berborak-borak tatkala di masjid tengah sembahyang.. Rasa cam ‘nak pang disitu’ ..

Photobucket
Parking kereta di KLCC.. Eceh.. ni bukan kereta si Zool ye.. Kalau pakai kereta ni memang SPR datang ‘kejau’ den woo.. Kereta Ferrari jutawan mana ntah yang parking berdekatan…

Photobucket
Ambil gambar kat papan tanda yang tulis KLCC.. Kira buktilah tu.. Masa ambil gambar ni ada satu keluarga Arab berdekatan baru lepas ambil gambar. Ahlan Wahsalan..
Photobucket
Berlatarbelakang air pancut KLCC.. Ramai betul datang kat sinikan.. Kalau masjid ramai macam ni tetiap hari alangkah indahnya.. Aman dunia.. :)
Photobucket
Gambar candid member ambil di sebuah kedai ‘bun’ di Berjaya Times Square.. Konon-konon jadi promoter lah tu.. Tapi sorang pun tak pandang.. Pon pon betul..

Akhir sekali ke aktiviti makan malam. Si Zool di ajak ke Kampung Baru yang cukup popular dengan kedai makannya. Kedai makan yang menjadi sasaran ialah kedai makan ‘Western’ iaitu
Photobucket
Tak nampak HR Steak kot.. Kalau salah silah betulkan..

Disebabkan si ZOol ni orang Kampung jadi ikut je apa member makan.. Inilah dia makanannya ( sori gambar tak cantik, pakai h/p.. kamera tertinggal kat kereta..)
Photobucket
Apa menatang ntah nama menu ni.. Layan je.. Air manggo gelas besar…
Photobucket
Kira sedaplah juga.. Walaupun si ZOol budak kampung tapi antara 3 orang tu beliau yang berjaya menamatkan makanan tersebut dengan pantas.. Huhuhuhuhu


Gambar Plaza Low Yat tak ambil lupa sebab sibuk tengok barang komputer.

Ok cukup setakat ini.. Kalau ada kesempatan mungkin akan datang lagi.. Pon pon..

p/s :- Sebelum itu, nak meminta maaf kepada member kat KL kerana tak beritahu nak datang terutama pada KPSU(PA), En Sazmi. Datang kejap je bro..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2002
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

21 Responses to “Jalan-jalan Kay El”

  1. enche tomyamNo Gravatar says:

    puuh, mati-mati ingatkan keta Ferrari tu keja en zOol…ke saje tak nak ngaku ni…heheheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau kete saya dah confirm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah datang serbu rumah.. huhuhuhuhuhu..

    Reply

  2. miss lollyNo Gravatar says:

    uit. p KL tak mai UM ngeeeeeeeeeeeeeeee

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ele kalau gi UM pun lolly nak keluau ke???

    Reply

  3. KNizamNo Gravatar says:

    hehe kekadanga ku singgah kat kg baru makan steak kat situ. la cashier dia dok dalam boat. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku first time singgah situ.. tapi tak rajin nak dtg kalau nak cari parking sikit punya susah..

    Reply

    KNizamNo Gravatar Reply:

    ya betul. parking mmg problem. ada parking berbayar depan tu rasanya kan. hehe :)

    Reply

  4. eyriqazzNo Gravatar says:

    KL mmg best..Hik3..mentang2 dok KL

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    KL memang best tapi aku tak minat nak bermastautin kat sana.. aku lebih suka suasana kampung…

    Reply

  5. safarNo Gravatar says:

    pandang pun jadilah.tukan dapat tangkap gambar.
    lain je lah turun dataran.hehe……….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jadilah..

    Reply

  6. matjoeNo Gravatar says:

    dtg kl tu.
    hr tu ai penah makan. ok jgk ler makanan dia

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang ok cuma tak suka tang nak cari parking..

    Reply

  7. azizan4444No Gravatar says:

    klau btol ferrari tu bro punye..tabik spring uh..mmg dahsyat,,,hhehe…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohoho. kalau ferrari tu aku punya , dah tentu aku ajak ko jalan2 pusing kampung aku.. ha ha ha

    Reply

  8. cik epalNo Gravatar says:

    air manggo tu menyelerakan :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang menyelerakan..
    cam mangga melaka delight..

    Reply

  9. KujieNo Gravatar says:

    Dah ade cop sirim pernah jejak kaki kat KLCC dah tu..hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kali kedua singgah situ la kak jie..

    cop sirim takde.. Cop Ligakampung ada.. he hehe

    Reply

  10. beliamudaNo Gravatar says:

    best je dapat jenjalan ngan member. ah, masa sibuk begini la terasa menghargai saat-saat senang..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasalah tu.. ala sesekali jalan2 keluau dari Melaka..

    Reply

Leave a Reply