LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jakel anjur Larian Amal untuk rakyat Rohingya

Berlari sambil beramal merupakan salah satu acara yang baik. Pengedar barangan tekstil ternama , Jakel melalui Jakel Group menganjurkan acara larian amal untuk pelarian Rohingya yang akan diadakan pada 10 Disember 2017.
Ia bagi mengutip sumbangan bagi membantu pelarian Rohingya di Kem Pelarian Bangladesh.

Acara yang dinamakan Jakel Charity Run ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua kategori larian iatu 10 kilometer dan 5 kilometer bagi kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.
Melalui acara tersebut penganjur menjangkakan penyertaan 7,000 peserta dan dijangkan sumbangan hasil pendaftaran kira-kira RM400,000 manakal Jakel menyediakan wang tunai RM200,000 serta sumbangan penaja lain sebanyak RM100,000 bagi persediaan kemudahan di kem pelarian di Bangladesh.

Semua hasil daripada bayaran pendaftaran acara larian itu akan disalurkan 100 peratus kepada pelarian Rohingya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata pengurusan tertinggi Jakel akan ke Bangladesh untuk menyampaikan bantuan ini secara terus kepada masyarakat Rohingya, pertengahan Januari depan.

“Wang tunai RM700,000 itu akan digunakan bagi membina kemudahan asas, termasuk telaga, membeli air bersih dan membina tandas di kem pelarian etnik Rohingya itu.

“Selain itu, Jakel turut menyumbang barangan, termasuk 15,000 helai seluar panjang, ubat-ubatan dan tuala wanita bernilai RM300,000,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyertai acara larian itu dengan mendaftar di www.racexasia.com. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Disember depan.

Macam menarik kalau admin nak sertai tu. Selain dapat menyihatkan badan boleh juga menyumbang kepada para pelarian Rohingya di sana. Semoga acara ini mendapat sambutan yang baik kepada para pelari tanpa mengira bangsa.
Tahniah Jakel..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)