Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Peminat hoki di pasti menantikan kejohanan ke 7 Hoki Remaja Asia 2012 yang akan diadakan di Melaka bermula pada 3 Mei dan akan berakhir pada 13 Mei 2012.Kejohanan ini juga memberikan peluang kepada pasukan remaja negara untuk bertanding di kejohanan hoki remaja piala dunia 2013. Terdapat 4 slot untuk diisi ke kejohanan dunia itu dan satu slot telah diisi oleh India yang akan menjadi tuan rumah kejohanan yang akan diadakan pada November tahun depan. Jadi hanya 3 slot yang masih terbuka dan pasukan muda hoki negara perlu memanfaatkan peluang bermain di hadapan penyokong sendiri untuk mendapatkan salah satu slot itu (tak pasti adakah 3 slot lagi dalam kejohanan ini atau ada format tertentu).
Berikut merupakan jadual perlawanan kejohanan hoki remaja Asia 2012
3 Mei 2012 (Khamis)
Korea vs Japan (jam 1805) Kumpulan A
Malaysia vs Iran (jam 2005) Kumpulan A4 Mei 2012 (Jumaat)
Pakistan vs China (jam 1805) Kumpulan B
India vs Sri Lanka (jam 2005) Kumpulan B5 Mei 2012 (Sabtu)
Japan vs Iran ( jam 1805) Kumpulan A
Malaysia vs Korea (jam 2005) Kumpulan A6 Mei 2012 (Ahad)
China vs Sri Lanka (jam 1605) kumpulan B
India vs Pakistan (jam 1805) kumpulan B
Korea vs Iran (jam 2005) Kumpulan A7 Mei 2012 (Isnin)
China vs India (jam 1605) kumpulan B
Pakistan vs Sri Lanka (jam 1805) kumpulan B
Japan vs Malaysia (jam 2005) Kumpulan A8 Mei 2012
- Rehat9 Mei 2012 (Rabu)
Tempat ketiga A vs tempat keempat B (jam 1805)
Tempat ketiga B vs tempat keempat A (jam 2005)10 Mei 2012 (Khamis)
Tempat pertama A vs Tempat kedua B (jam 1805)
Tempat pertama B vs Tempat kedua A (jam 2005)11 Mei 2012
- Rehat12 Mei 2012 (Sabtu)
Perlawanan penentuan tempat ke 7-8 (jam 1805)
Perlawanan penentuan tempat ke5-6 (jam 2005)13 Mei 2012 (Ahad)
Perlawanan Penentuan tempat ke3-4 (jam 1705)
Perlawanan Akhir (jam 2005)
Sumber :- Hockey Asia
Menariknya bila kejohanan ini diadakan di Melaka dimana tempat si Zool bermastautin. Tak pasti samada si Zool akan berkesempatan untuk tengok atau tidak kejohanan ini. Harap-harap dapatlah tengok sekurang-kurangnya satu perlawanan Malaysia. Kalau tengok jadual nampak agak sukar untuk si Zool pergi tengok. Almaklumlah dari rumah si Zool untuk pergi ke Stadium Tun Fatimah tu ambil masa dalam 45 minit juga. Tapi tengoklah kalau ada kekuatan dalam diri ini. Antara perlawanan yang macam menarik untuk ditengok seperti Malaysia vs Korea yang diadakan pada hari Sabtu dan juga menentang Jepun pada hari Isnin depan.. Perlawanan selepas tu tak pasti lagi kan..
Apapun diharap pemain remaja negara dapat bermain bersungguh-sungguh dan mampu menjulang Piala Remaja Asia 2012. Pastinya kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat selepas sebelum ini berjaya menjulang kejohanan hoki remaja di Johor baru-baru ini. Semoga berjaya semua..
Sekian…
p/s :- Kalau ada sesiapa yang nak tengok hoki Malaysia hari Sabtu tu boleh lah beritau. Mana tau kalau ada kelapangan boleh tengok sekali.. Berapa bayaran tiket ?? Si Zool tak tau.. Kalau ada sesiapa ada maklumat bolehlah beritau ye..


[...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]
Malaysia sentiasa perform dgn baik diperingkat junior dan kawe rasa, we’ll do ok nanti. Masaalah ahli sukan kita ialah untuk pergi peringkat senior – Boys to Men. Bab tu yg kita selalu sangkut.
Reply
zool
Reply:
May 2nd, 2012 at 23:17
harap gitulah.. dapat ke peringkat remaja asia nanti
Reply
kita lihat mampu kah malaysia bersaing nanti…
Reply
zool
Reply:
May 2nd, 2012 at 23:17
insyallah mampu untuk bersaing
Reply
wahh.. thanks…tercari2 nie..:)
Reply
malaysia menang lawan jepun 3-1 smalam.
khamis mlaysia lwn lg tp xpastila lwn mana. bole tlng update tak?
Reply
zool
Reply:
May 8th, 2012 at 19:39
Malaysia bakal bertemu India malam Khamis nanti.
Reply
tiket mane ade kene bayar , freee~
Reply
zool
Reply:
May 11th, 2012 at 19:11
ye ke?? tak tau plak. ni mesti mau pegi ni..
Reply