Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Jadual Liga M 2017 lebih teratur

Jadual Liga Malaysia 2017 lebih teratur. Itu jaminan dari Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingan yang bertanggungjawab dalam menguruskan Liga Malaysia.

Menurutnya, jadual perlawanan menjadi lebih baik berbanding pada tahun 2016 yang menjadi rungutan perlbagai pihak. Menerusi jadual yang dikeluarkan pada 30 Disember 2016, penyusunan mengambil kira pembabitan beberapa pasukan dalam saingan Piala AFC serta penganjuran Sukan SEA 2017 serta calendar FIFA bagi skuad Harimau Malaysia. Berdasarkan jadual, perlawanan pertama akan dijadualkan pada 20 Januari nanti menyaksikan perebutan Piala Sumbangsih antara juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim menentang pasukan juara Piala Malaysia 2016, Kedah di Stadium Larkin. Perlawanan Liga Super akan bermula 21 Januari 2017 membabitkan 5 pertemuan dengan saingan dijangka berakhir pada 21 Oktober 2017.

Bagi saingan Liga Perdana, 12 pasukan akan beraksi bagi memburu dua tempat teratas untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2018 dan aksi pertama serentak dengan aksi Sumbangsih iaitu pada 20 Januari.

Kesemua pasukan akan beraksi dalam 22 perlawanan liga disamping bertanding dalam kejohanan tempatan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.

Berikut merupakan jadual Liga Malaysia(tertakluk kepada perubahan)

 

Jadual Liga Super 2017, 21 Januari – 15 April 2017
Jadual Liga Super 25 April – 21 Oktober 2017

 

 

Jadual Liga Perdana 20 Januari – 14 April 2017
Jadual Liga Perdana 25 April- 20 Oktober 2017
Jadual Piala FA 2017

Ligakampung berharap agar jadual kali ini lebih kemas dan teliti. Apatah lagi dengan adanya kejohanan Sukan SEA mungkin akan sedikit sebanyak memerlukan perubahan agar tiada pertindihan perlawana antara satu sama lain. Mungkin juga perlawanan Piala Malaysia perlu dielakkan dari bertindih dengan kejohanan Piala FA, Liga Super/Liga Perdana kerana ia akan merencatkan kemeriahan piala yang menjadi kebanggaan peminat bolasepak tempatan itu.


 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)