Jadual dan tiket Pestabola Merdeka 2013

Pestabola Merdeka, salah satu kejohanan terulung yang dilangsungkan di Malaysia akan kembali dianjurkan pada tahun ini. Kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke 41 kali ini akan melibatkan 4 pasukan bawah 23 negara yang bakal bersaing dalam Sukan SEA tahun ini. Pasukan yang akan bertanding dalam Pestabola Merdeka 2013 adalah Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.
Penganjuran kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Pahang bagi memberi peluang kepada peminat di Pahang serta yang berhampiran untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada tahun 2008 akan memberikan pasukan skuad bawah 23 peluang membuktikan kehebatan mereka.
| MAKLUMAT MENGENAI PESTABOLA MERDEKA 2013 |

Merdeka-Cup-Pesta-Bola-Merdeka-malaysa-burma
Gambar Klassik Pestabola Merdeka antara skuad Malaysia dan Burma
Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini, tiket bagi kejohanan edisi ke 41 Pestabola Merdeka yang dijadualkan pada 7-14 September ini telah mula dijual. Jualan menerusi laman web boleh didapati di www.ticketpro.com.my. Bagi yang ingin membeli di kaunter, tiket dijual di Stadium Darul Makmur mulai 16-18 Ogos dan pada 26 Ogos seterusnya.

Harga tiket Pestabola Merdeka 2013

Bahagian Timur : RM38 , RM48, RM68
Grandstand : RM128 ( untuk dua perlawanan pada hari yang sama)
Bahagian Timur Semusim : RM209
Grandstand Semusim : RM 375

Selain itu tiket boleh dibeli menerusi hotline :=
Ticketpro : 03-78807999
dan di cawangan Ticketpro di seluruh Malaysia

Perlawanan terakhir antara Malaysia dan Thailand akan dimainkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakal pertemuan Singapura dan Myanmar akan dilangsungkan di Stadium Temerloh secara serentak pada Rabu 11 September.
Sepak mula adalah pada 8.45 malam dan tiket bagi perlawanan di Temerloh dijual dengan harga RM38 dan RM28

Jadual Perlawanan Pestabola Merdeka 2013

7 Sept (Sabtu): Malaysia mln Singapura (5.30 ptg); Thailand mln Myanmar (8.45mlm)

9 Sept (Isnin): Thailand mln Singapura (5.30 ptg); Malaysia mln Myanmar (8.45 mlm)

11 Sept (Rabu):Malaysia mln Thailand (Stadium Darul Makmur, 8.45 mlm); Singapura mln Myanmar (Stadium Temerloh, 8.45 mlm)

14 Sept (Sabtu): Penentuan ketiga-keempat (5.30 ptg); Final (8.45 mlm). Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Stadium Darul Makmur.

Kepada yang berdekatan, silalah singgah terutamanya ke Stadium Darulmakmur untuk menyokong pasukan Harimau Muda. Semoga skuad Ong Kim Swee berjaya memenangi kejohanan ini memandangkan kesemua yang bertanding adalah setaraf.

Sekian..

p/s :- Agak menyedihkan bila kejohanan Pestabola Merdeka ini semakin hilang serinya. Jika dulu, pasukan yang agak kuat sudi bersaing dalam kejohanan ini tapi sekarang ini ia hanya menjadi kejohanan sebagai pemanas badan sahaja je. Takde pasukan lain yang sudi menyertai kejohanan ini gamaknya.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Jadual dan tiket Pestabola Merdeka 2013

  1. Pingback: Pestabola Merdeka 2013 : Pasukan Harimau Muda menumbangkan skuad Singapura | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.