Jadual Bajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau semalam saya menulis betapa sengkeknya si Zool bulan ini.. Untuk entri kali ini pula tindakan susulan yang perlu dilakukan..
Tak gunakan kalau asyik nak merungut tetapi tiada sebarang tindakbalas..

Hari ini saya menghadiri satu latihan mengenai perisian open office.. APa tu open office plak ni ?? Ofis terbuka ker?? Opis kat tepi pokok ketapang ke?? Itu yang ditanya oleh salah seorang rakan saya..He he he… Mungkin beliau kurang memahami situasi di Jabatan Kerajaan yang kini telah mula berjimat cermat dan menggunakan perisian percuma..

Dan antara yang saya pelajari adalah membuat jadual.. HUhuhuhuhuhu.. MUngkin ada yang nak tergelak.. Ye lah ada ke si Zool ni belajar buat jadual.. Buat malu ada degree je.. .
Janganlah camtu ek.. Bukan tak tau buat jadual tetapi tetap kena belajar malahan dengan belajar ni sedikit sebanyak memberikan inspirasi untuk saya melaksanakan jadual bajet .

Saya yakin ramai dari rakan-rakan pembaca yang memiliki jadual bajet bulanan..Dan sudah pastinya anda mengatur jadual perbelanjaan anda dengan baik.. Sebenarnya menghasilkan jadual tidak sesusah mana pun.. Kita boleh buat jadual yang mudah. Ada beberapa perkara seperti belanja harian, mingguan dan bulanan.. Walaubagaimanapun yang susah adalah menjadikan ianya sebagai amalan. Memang amat payah sekali tapi tetap perlu dibuat bagi memastikan pengurusan kewangan lancar..

Berdasarkan nasihat dari rakan-rakan , memang saya amat memerlukan displin dan membuat jadual bajet ni. Jadi mungkin tips-tips ini dapat membantu saya mengingatkan diri. Antaranya ialah :-

Kenapa perlu ada jadual bajet ?
1. Dapat melakukan simpanan dengan lebih teratur.. Sekarang ni kadar simpanan saya tidak tetap.. Dan ia menyebabkan sasaran untuk mempunyai simpanan tersasar agak jauh walaupun telah ditetapkan pada tahun lepas.
2. Kadar hutang dapat dilangsaikan lebih cepat.. Dengan jadual-jadual yang tepat saya mampu membayar hutang-hutang dalam waktu yang tepat..
3. Kurang pembaziran dalam perbelanjaan bulanan. Wang lebihan dapat digunakan secara optimum berbanding sekarang..
4. Dapat melakukan sasaran 2009 dengan lebih tepat..Almaklumlah dalam tahun 2008 ni terdapat beberapa projek yang tidak dapat dilaksanakan akibat kekurangan sumber kewangan.. Diharap dengan wujudnya jadual bajet akan memberikan lebih displin kepada perincian kewangan saya..

Ok rasanya cukup setakat ini perkongsian saya. Mungkin anda yang bijak pandai boleh membantu saya menguruskan kewangan dengan lebih bijak lagi..
Tq..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2216
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Jadual Bajet”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    aku pernah guna open office neh. cool gak la

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    open office sangat sesuai digunakan untuk wat ebook. Hoho.. :)

    Reply

  3. shaxxNo Gravatar says:

    aku baru je start catatkan pembelanjaan harian so that tau kat mana nak cut kalau perlu….

    Reply

  4. ainNo Gravatar says:

    wah boleh beguru ni.saye pon ‘agak’ boros gak.tp alhamdulillah so far belanje ok :)

    Reply

  5. deennasourNo Gravatar says:

    boleh kah kamu memberi contoh jaduah itu?
    snapkan lah~
    hehe.
    aku dari setahun lebih dah keje,
    tak ada saving pon..adoyai

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Jadual macam2 cara boleh buat.. Yang paling penting tu displin bro..
    Tapi takpe nanti kalau dah siap aku snapkan..

    Reply

  6. samdaddycoolNo Gravatar says:

    duit itu umpama air…. tak berhenti mengalir… :P

    Reply

  7. KampungBoyNo Gravatar says:

    Nak habiskan skejap aje, nak kumpol dwet tu yg jadik satu cabaran

    Reply

  8. rohaizadNo Gravatar says:

    Nak simpan duit, kena selalu hukum diri sendiri. Itu kuncinya.

    Reply

    samdaddycoolNo Gravatar Reply:

    kena rotan diri sendirik???

    Reply

  9. rohaizadNo Gravatar says:

    Rotan?
    Cehhh… ada ke rotan .. ekekeke.

    Maksud aku, menghukum hati dan perasaan dengan cara tidak merelakan segala keinginan diri dipenuhi. Hayan keperluan saja.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Kiranya menghukum nafsu le tu ek??
    Bukan mudah nak senang dan bukan susah nak susah

    Reply

Leave a Reply