Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenarnya 2 hari lepas saya berjumpa seorang lagi blogger.. Kalau sebelum ni borak kosong dengan Afham, Uzair, kali ni dengan Acai, blogger merangkap tukang ambil gambar orang kawin.. Hebat dia ni sebab selain dari men’shoot’ pasangan mempelai, beliau juga adalah tokei cacing.. Beratus kilo cacing di ternak dalam rebannya.. Memanglah jauh dengan saya yang sekadar mengisi masa lapang melayani YB cacing di kediaman mereka..
Pada Ahad yang lalu, Acai dan isterinya telah menjejakkan kakinya di Melaka. Dan sebagai salah seorang rakan blogger saya telah menjadi ‘tourist guide’ tidak bertauliah…
Kesuntukan masa menyebabkan saya hanya menunjukkan arah ke beberapa kawasan seperti bangunan Merah, Dataran Pahlawan dan Taman Rempah. Dalam perjalanan beliau dan isterinya tertarik dengan senibina masjid Melaka yang unik..
Senibina masjid di negeri Melaka memang unik kerana bercirikan struktur tanpa kubah. Mengikut sebina masjid yang terkenal di Melaka iaitu masjid Kampung Hulu..
Selepas itu, beliau mengajak saya untuk makan ikan bakar…Almaklumlah sesiapa yang singgah ke Melaka memang mencari ikan bakar ni.. Sebenarnya kat Melaka ni memang banyak medan ikan bakar. Muara Sungai Duyong, Alai, Serkam dan Umbai.. Disebabkan memikirkan keselesaan, jadi Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai menjadi pilihan. Ye lah kat situ tempat parking, suasana agak selesa .. Jadi melayanla ikan bakar..
Tak banyak tempat berjalan, sebab agak petang perjumpaan itu dan mereka pun kembali ke tempat penginapan di Hotel Seri Malaysia, Melaka..
Borak dengan Acai, agak segan sikit. Almaklumlah isteri beliau berada disisinya.. Takut ada percakapan yang kurang enak.. Ada juga berbual politik, minta pendapat antara MyVI dan Saga dan cerita sedikit sebanyak tentang blog.. Tak banyak sebab beliau tak gila blog cam saya… Huhuhuhuhuhu… Saya juga telah mencadangkan agar beliau makan asam pedas sebelum balik.. Ye lah kalau singgah Melaka tak jamah asam pedas rasanya tak cukup penjelajahan anda…
Okay cukup setakat tu.. Kepada blogger mahupun pembaca setia blog ligakampung.com kalau ingin menjadikan saya sebagai tourist guide tak berbayar, tadahal punya.. Janji belanja makan.. He he he..
RSS Feed
Twitter



May 6th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


owh…jumpa pengantin baru…
Reply
Slm bro zool..:)
waaaa, siap ada entry lagi tu,hehe..thanks bro ye bawak kitorang pusing2 melaka aritu..sblm balik tu memang sempat pekena asam pedas..cuma tak jumpa tempat yang bro bagitau tu,hehe..
Itulah, kalau berdua je mmg byk benda bleh borakkan kan zool..apapun aku hargai sangat kesudian ko teman sampai malam..sian kat ko kena drive malam2,huhu…lenkali kalau kitorang datang lagi bleh je jumpe lagik,hihi..
btw, aah baru aku perasan sejak takde blog lama tu mmg aku tak gila sangat berblog,hehe…:)
Reply
zool
Reply:
May 6th, 2009 at 15:40
Okaylah tu.. Yang penting datang Melaka mesti layan asam pedas..
tak kisahlah tak jumpa pun.
Reply
kalau berkesempatan ke Tawau, Sabah, satu team Tawau Bloggers akan iringi makan. jangan takut, makan ramai2 bayar sorang2…
Reply
hehe..camtu plak ye. lama dah tak gi melaka.
Reply
zool
Reply:
May 6th, 2009 at 22:14
Jom la ke Melaka…
Reply
wahhh..last week from 29 April until 2 May aku di Melaka… wahhh rupanya ko dr Melaka la ni… kalau aku tau sudah kontek.. aku stay hotel old skool Grand Continental yg aku respect hotel ni pasal house keeping dia jujur. RM200 aku letak atas meja tak kacau..kang aku blog perjalanan aku
Reply
jumpa pengantin baru ek..pe acaii buat kat melaka..honeymoon ke?
Reply
Assalamualaikum whb.
En. Zool, saya terbaca tentang tourist guide kat melaka,.
teringin jugak nak join, kebetulan saya ni memang ‘tourguide’ dan
baru-baru ni berkecimpung plak dengan bidang pertanian (tanam sayur).
Di sebabkan baja mahal skarang ni, agak2 kalau saya bela cacing sendiri dan pakai balik baja organik tu boleh jimat ke?
Harap en. zool dan blogers lain dpt bg pandangan ikhlas.
Sekian terima kasih.
QayHassan
no talipon : 019-2229989
Reply
Join tourist guide?? Huhuhuhuhu. ni tourist guide tak berbayar..
tentang guna baja organik tu.. saya rasa boleh jimat sebab senang nak buatnya.. dan baja cacing memang berkualiti
Reply
peh..sungguh best..melancong la jawabnya iya..
Reply
Qay
Reply:
May 9th, 2009 at 11:28
Saya melancong kat dlm negara je,. Bawak tourist dari europe pusing2 dlm semenanjung. Kalau enroute dari cameron highland ke penang memang saya bawak theyall singgah kat kebun terung saya kat batu gajah.
(Selama ni tak tau rupa2nya menu ratatuile guna terung dan zuchini)
Reply