Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Jadi kaya dengan mengemis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya mungkin ramai yang dah tau tentang kisah -kisah pengemis mencari makan di jalanan. Dalam suratkhabar Utusan bertarikh 6 Oktober 2008, muka hadapan menunjukkan betapa berjayanya kerja mengemis sehinggakan salah seorang pengemis yang ditahan di Seremban memiliki RM9,786.00 dalam tangannya… Malahan melalui semakan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan mendapati bahawa akaun bank pengemis wanita berusia 64 tahun memiliki simpanan sebanyak RM 15,000.00 hasil dari kegiatan tersebut.. Pergh! Masyuk betul… Saya yang telah bekerja lebih 4 tahun ni pun tak mampu mempunyai simpanan sebanyak tu. . Jadi siapa kata susah nak dapat duit kat Malaysia ni??

Yang lebih hebat lagi profession ini dikuasai oleh pendatang… Waduh-waduh dahlah keje sektor perindustrian dikuasai oleh pekerja-pekerja import sampai meminta sedekah pun mereka jadi jaguh..
Jadi apa pendapat anda?? Nak cerita panjang-panjang pun malas de.. Kepada para dermawan di Negeri Sembilan, kalau-kalau banyak duit pun harap bagilah pengemis Malaysia.. Sokonglah rakyat Malaysia.. Huhuhuhuhuhuhuhu..

Berita penuh di Utusan :-
Pengemis ada RM9,786 dalam tangan

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 69
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

16 comments to Jadi kaya dengan mengemis

  • keje pengemis walaupon masyuk, xder efek la pada pembangunan negara.. asyik mintak2 jer.. x elok la..

    Reply

  • fisolNo Gravatar

    ye tak ye..apa sudah jadi..orang tempatan pulak yg mengemis dibumi sendiri

    Reply

  • masih beraya sakan lagi ke? huhu..

    Reply

  • dasat tuh! tapi mengemis bukanlah sesuatu yg baik dalam Islam…

    Reply

  • Waa.. mengemis lebih masyok.. huh!

    Reply

  • aku mmg musykil tahap gaban dengan diaorg ni..kengkadang aku rasa mereka sempoi gila menadah tgn..itu seni..seni menutup “kemaluan”.

    Reply

  • sedikit masa lagi…semua orang akan jadi pengemis :)

    Reply

  • ikaNo Gravatar

    pasni kalau nak bg sedekah, kena interview dulu pengemis tu huhu
    kamu org mana? tinggal mana? asal mana?

    Reply

  • huhu..aku lagik miskin dari pengemis..

    tp kalo tgk pengemis kesian la kalo xbg duit..
    so, walaupun aku pokai aku tetap akan bg sikit..
    tp xaci la derang lg kaya dr aku..

    Reply

  • amNo Gravatar

    pada am.. bagi jer… sebab sedekah orang ni, tuhan balas balik 700 kali ganda.. am hidup serdehana, tapi rezeki tak pernah putus..

    ada satu kisah waktu makan kat satu mamak.. ramai satu meja kami duduk.. kemudian ada orang buta datang sambil dipimpin orang xbuta.. minta sedekah.. am terus bagi.. kemudian kawan am cakap..

    “aku tengok orang tu macam buat2 buta je” am terus jawab “yang penting, NIAT” orang nak tipu ke apa.. aku tak kisah, bukan aku yang dapat dosa…

    Reply

  • nak mintak derma jugak ler… dapat kumpul duit jugak sikit sikit dari duk bagi kepada orang lain tu… dah dapat banyak nanti… kita bagi laaa derma balik. hohohohooo…

    Reply

  • boleh try buat study case nih… tutup bijik mata. kasi jalan hencot2 sikit lepas tu bawak cawan sebijik… lepas berteriak rm5 rm5 rm5 rm5… mintak derma pun rm5 jugak ke???

    try sebulan pun jadi laaa…. nak tengok keberkesanannya camner. memang sahih terbukti dapat kalo ada yang nak bagi.

    Reply

  • Tangan yang memberi LEBIH MULIA dari tangan yang menerima.

    Just stick to that concept and believe

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    smaelz –> takde efek ke??? ada.. banyak yang negatif le..
    fisol –> itulah jadinya..
    chot –> dah abis raya lah..
    shax –> tak baik.. tapi tu yang ramai buat..
    nuaeman –> masyuk woo.. blogger pun tak semudah tu nak dapat duit..
    catzer –> he he he.. seni ek..
    kita –> sekarang pun dah ramai.. aku pun sedang mengemis.. bukan mengemis duit….
    ika –> ye lah idea bernas cam Beras..
    callister –> samalah kita.. simpanan diorang lagi banyak dari aku.. wargh!!
    am –> terpulang pada masing2 tapi kalau kita terang2 tau yang mereka ni penipu buat apa bagi.. cam galakkan mereka..
    abdfatah–> try le.. jgn kena tangkap terpampang dalam blog nanti..
    cyza –> itu betul tapi ramai yang tak peduli konsep tu dalam era materialistik ni..

    Reply

  • [...] tak cukup makan. Ke mana sahaja lokasi bazar yang saya pergi, pastikan akan bersua pelbagai jenis pengemis jalanan. Adakah mereka ini tidak cukup makan? Tiada wang untuk beli [...]

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>