Izzat, Helmi raih podium di Australia

2 pelumba negara berjaya meraih podium di Kejohanan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar the Bend Motorsport, Australia pada Sabtu , 22 April 2018.
Mohd Izzat Zairi berjaya memenangi Perlumbaan 1 kategori Underbone 150cc dalam Pusingan 2 selepas menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16:23:831s sekaligus naik tangga teratas dengan nilai 58 mata.

Manakala seorang lagi pelumba negara, Md Helmi Azman dari SCK Rapido Hi Rev Honda Racing berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan mata keseluruhan 16:23:947s.

“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku insiden melibatkan pelumba lain pada awal perlumbaan.

“Selepas itu, saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh terakhir, Helmi dan Wahyu bersaing sesama sendiri dan membuka ruang untuk saya memecut dan memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan. Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan dan semua yang menyokong dan membantu saya,” jelas Izzat.

Sumber :-Stadium Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives