Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ivan Yuen, Wee Wern pertahan kejuaraan

Juara bertahan yang juga pemain kebangsaan Ivan Yuen dan Low Wee Wern menepati ramalan selepas mengekalkan kejuaraan bagi kategori lelaki dan wanita dalam kejohanan Skuasy Kebangsaan ke 36 yang berlangsung di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Ivan yang telah menjadi juara sejak 2017 mengambil masa 48 minit untuk menundukkan rakan seperjuangan, Muhammad Syafiq Kamal dengan keputusan 11-8, 11-9 dan 11-6.

Bagi kategori wanita, pemain nombor satu Low Wee Wern dicabar hebat pemain remaja negara S. Sivasangari selama 57 minit dengan keputusan 3-11,11-7,11-6,3-11 dan 11-9.
Kemenangan ini menyaksikan Wee Wern telah mengumpul empat kali kejuaraan bermula pada tahun 2012,2014,2019 dan 2020.

Ivan dan Wee Wern membawa wang tunai RM4,000 dan juga trofi juara manakala Syafiq dan Sivasangari menerima RM2,000.00

  • BERNAMA
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)